Wanita Kongsi Kisah Diambil Bunian Ketika Dalam Perut Ibu [Video]

Dunia ghaib ini sememangnya wujud, malah kita sebagai penganut agam islam juga perlu percaya kerana mereka juga adalah antara makhluk yang dicipta oleh Allah SWT.

Antara cerita yang sering kita dengar apabila membabitkan perkara mistik pastinya kisah ibu mengandung yang kehilangan bayi mereka kerana telah diambil oleh makhluk ghaib seperti bunian.

Kongsi pengalaman diambil bunian

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok yang dikongsikan oleh seorang wanita yang menceritakan pengalaman diambil oleh bunian sewaktu berada di dalam kandungan ibunya.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @dayanaradzuan, ibunya pada waktu itu telah pergi ke air terjun bersama ahli keluarga yang lain untuk bermandi-manda.

@dayanaradzuan

Reply to @rxse_qvartz nah summary cerita 😬

♬ Suspense, horror, piano and music box – takaya

Ketika mereka sedang mandi, ibunya tiba-tiba merasa sakit di bahagian perut lalu mereka sekeluarga segera ke hospital untuk membuat pemeriksaan lanjut.

Tiada degupan jantung, doktor sahkan sudah tiada

Setibanya di hospital doktor mengesahkan bahawa anak yang berada dalam kandungan sudah tiada kerana tiada lagi degupan jantung kedengaran.

Pihak hospital telah membuat pemeriksaan beberapa kali untuk memastikan keadaan bayi. Namun ia masih tiada dan doktor menasihatkan agar ibunya untuk pulang ke rumah dahulu dan datang semula selepas beberapa hari.

Diberitahu anak telah diambil bunian & ia tidak mahu pulangkan

Mereka kemudian merujuk kepada saudara yang mahir berkenaan makhluk halus, dan memberitahu bahawa anak dalam kandungan itu telah diambil oleh bunian.

“Dia ambil sebab bayi dan ibu mengandung ini berbau wangi pada mereka (bunian). Jadi sebab itu dia berkenan pada saya dan dah mula menjaga saya di alam sana.

“Seluruh keluarga saya ikhtiar dengan membuat solat hajat serta bermacam-macam lagi, tetapi pakcik saya kata dia (bunian) tak nak kasi kerana sudah mula sayang,” jelas Dayana.

Namun, Dayana berkata semua orang tetap berusaha sehinggalah hari ibunya perlu dibedah untuk membersihkan kandungan yang sudah tiada itu.

Tiba-tiba dengar degupan sewaktu pembedahan nak bermula

Tetapi apa yang lebih memeranjatkan ketika pemeriksaan sebelum pembedahan dilakukan doktor, tiba-tiba terdapat degupan jantung berbunyi dengan kuat dan pembedahan tidak dilakukan.

Menurutnya, dia tidak tahu apa yang membuatkan bunian itu memulangkannya kerana pada awal makluk tersebut tidak mahu memulangkan bayi itu.

Perkongsian tersebut bagaimanapun telah mengundang perhatian netizen dan ada yang turut berkongsi pengalaman mereka dan ada juga yang hendak mengetahui lebih lagi tentang pengalaman Dayana.

‘Saya nak tahu lebih lagi tentang pengalaman awak’

‘Saya percaya sebab pernah kena dekat keluarga sendiri’

‘Benda ni memang betul’

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

17 mins ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

32 mins ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

32 mins ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

1 hour ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

3 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

3 hours ago