fbpx
Now Reading
“Confirm Naik Lagi Harga” – Netizen Teruja Lihat Motor RXZ Dalam Teaser Siri Ms. Marvel [Video]

“Confirm Naik Lagi Harga” – Netizen Teruja Lihat Motor RXZ Dalam Teaser Siri Ms. Marvel [Video]

Motosikal dua lejang tersebut cukup popular sehingga menjadi buruan segelintir peminat dunia permotoran tempatan yang mahu menjadikannya satu koleksi peribadi mereka.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sekitar Mac 2022 yang lalu, Marvel Studios telah memperkenalkan satu lagi siri terbaharu mereka iaitu Ms. Marvel.

Bakal menemui peminat pada 8 Jun di Disney+ Hotstar, siri yang merupakan sebahagian dari Marvel Cinematic Universe (MCU) Fasa 4 ini pastinya ditunggu ramai memandangkan ia akan menampilkan superhero Muslim pertama dalam sejarah Marvel iaitu Ms. Marvel/Kamala Khan.

Dibintangi oleh Iman Vellani sebagai Ms. Marvel/Kamala Khan, siri ini berkisar mengenai seorang remaja berdarah kacukan Pakistan-Amerika dari Jersey City, Amerika Syarikat (AS) yang secara tiba-tiba menerima superpower yang sering diimpikannya.

Memandangkan hanya tinggal lebih kurang sebulan sahaja lagi sebelum ia mula ditayangkan, Marvel Studios dilihat semakin giat berkongsi teaser dan trailer siri tersebut di media sosial antaranya sebuah video berdurasi 30 saat pada 9 Mei lalu.

Namun apa yang menarik perhatian segelintir netizen tempatan adalah kelibat sebuah motosikal Yamaha RX-Z dengan set Milenium (Mili) di dalam teaser berkenaan.

Ini kerana motosikal dua lejang tersebut cukup popular sehingga menjadi buruan segelintir peminat dunia permotoran tempatan yang mahu menjadikannya satu koleksi peribadi mereka.

Video penuh di sini

Meskipun tidak sampai lima saat, kemunculan tersebut sudah cukup membuatkan ramai peminat permotoran menjadi teruja.

Ramai yang turut merasakan perkara tersebut akan membuatkan harga jentera ‘panas’ tersebut terus meningkat. Ini kerana RXZ cukup dikenali sebagai salah satu motosikal terpakai yang dijual dan dibeli pada harga yang agak ‘tak masuk akal’.

Ada juga yang berseloroh mengatakan pasti ada di kalangan penjual yang akan mula menggunakan terma ‘RXZ Marvel’ bagi mempromosikan motosikal mereka.

Lepas ni boleh swap RXZ dengan banglo 3 tingkat kat damansara

RXZ Marvel

Lepas ni harga starting RM100k

Teaser penuh Ms Marvel di sini :

Selain popular di Malaysia & Singapura, motor naked ini turut dijual di Thailand, India dan Pakistan. Manakala kembarnya iaitu Yamaha RZR 135 (lengkap dengan fairing) difahamkan dijual di beberapa negara termasuk Indonesia dan Taiwan.

Baca artikel berkaitan :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.