fbpx
Now Reading
Alat Sulit Tersorok Dalam Perut, Wanita Baru Tahu Dia Seorang Lelaki Selepas 20 Tahun
Wanita Ketahui diri adalah lelaki selepas 20 tahun

Alat Sulit Tersorok Dalam Perut, Wanita Baru Tahu Dia Seorang Lelaki Selepas 20 Tahun

Seorang wanita yang telah menjalani kehidupannya sebagai seorang perempuan selama 20 tahun terkejut selepas mengetahui dirinya merupakan seorang lelaki.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang wanita di Arab Saudi baru sahaja menyedari jantina dirinya adalah lelaki selepas 20 tahun dilahirkan.

Memetik laporan Saudi Gazzete, ia difahamkan berlaku daripada ‘kesilapan perubatan’.

Alat sulit tersorok dalam abdomen

Menerusi laporan saluran televisyen Al Ekhbariya TV, wanita tersebut tidak mengetahui dirinya mempunyai alat sulit lelaki kerana ia tersorok di dalam abdomennya.

Ini kerana, sewaktu kelahirannya di sebuah hospital kerajaan di Riyadh, beliau telah mengalami ketidaknormalan di bahagian alat sulit. Doktor bagaimanapun menyangkakan dia seorang bayi perempuan justeru ahli keluarga telah menamakannya sebagai Randa.

Pelik tiada tanda-tanda akil baligh sebagai perempuan

Namun, situasi menjadi pelik apabila Randa menyedari dirinya tidak mempunyai sebarang tanda-tanda akil baligh sebagai seorang perempuan.

Beliau kemudian telah membuat pemeriksaan di hospital dan terkejut apabila mengetahui bahawa dirinya mempunyai alat sulit lelaki yang tersorok di dalam abdomen.

Rasa seperti ditipu dan tak masuk akal

“Pada awalnya, ia merupakan satu perasaan yang pelik. Ia seperti mereka menipu saya dan tidak masuk akal jika saya perlu memulakan semula kehidupan saya, seperti nama baru, identiti yang baru, tiada kawan dan tiada saudara mara.

Doktor cadang buat pembedahan keluarkan alat sulit di Britain

“Kini saya perlu menjalani pembedahan untuk mengeluarkan alat sulit tersebut dan seorang doktor mencadangkan saya untuk melakukan pembedahan tersebut di Britain,” jelas Randa.

Menurut stesen TV Al Ekhbariya TV, keluarga Randa telah membuat aduan kepada bekas Menteri Kesihatan Arab Saudi, namun masih tiada sebarang tindakan dilakukan.

Malah bapanya turut cuba menghubungi pihak hopital tempat Randa dilahirkan, tetapi ia tidak berjaya.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.