
Bayar RM 17, Lelaki Terkejut Bil Hospital Kerajaan Murah
Lelaki tersebut turut menyediakan wang sebanyak RM400 sebagai persediaan membayar bil hospital, namun terkejut apabila caj yang dikenakan lebih murah daripada itu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kesihatan merupakan satu aspek yang sangat penting kepada setiap individu. Malah kita juga sering kali diingatkan betapa pentingnya untuk bersedia dari segi kewangan bagi kegunaan kos perubatan di masa akan datang.
Baru-baru ini seorang lelaki terkejut apabila hanya perlu membayar sebanyak RM17 bagi kos perubatan isterinya yang sakit selama empat hari di sebuah hospital kerajaan.
Perkara itu dikongsikan olehnya menerusi satu ciapan di Twitter.
Wife aku warded 4 hari 3 malam dekat Hospital Putrajaya, March lalu. Sebelum aku ambil dia dekat ward, wife pesan untuk bayar bil rawatan dan kos ward dekat kaunter dulu. Aku risau dan berpeluh-peluh. Pergi ATM keluarkan duit RM400.
— amir🌙lhanafy 🌐 (@amirulhanafy) May 21, 2022
Sekali kena bayar RM17 aje. pic.twitter.com/N0vsU9sdhY
Sediakan RM400 untuk bayar kos rawatan, tapi bayar RM 17
Pada awalnya, dia telah menyediakan wang tunai sebanyak RM400 untuk membayar rawatan tersebut kerana menyangkakan kos itu adalah mahal.
Namun, jangkaannya meleset apabila melihat caj perubatan yang dikenakan oleh hospital tersebut adalah jauh lebih murah iaitu sebanyak RM17 sahaja.
“Seriuslah? Empat hari, tiga malam kot,” ciap lelaki itu di Twitter.
Tambahnya, sebelum ini dia juga pernah menggunakan perkhidmatan perubatan di klinik kerajaan dan hanya perlu membayar RM1 bagi setiap rawatan yang diterimanya.
Bersyukur kos rawatan di Malaysia murah
Dia yang juga dikenali sebagai Amirul turut bersyukur kerana kadar kos perubatan di Malaysia lebih murah jika nak dibandingkan dengan negara lain, walaupun terpaksa menunggu dalam tempoh lama namun ia tetap berpatutan.
Menerusi ciapan tersebut, orang ramai turut berkongsi pandangan dan pengalaman mereka. Ada yang menyatakan layanan yang diberi oleh ahli perubatan juga adalah terbaik serta berpuas hati walaupun harganya murah.
‘3 kali bersalin dekat hospital kerajaan’
3 kali bersalin kat hospital kerajaan (Selayang & Sg Buloh).
— Nurul Shima (@NurulShima_3) May 23, 2022
Alhamdulillah, layanan mereka 👍 walau ramai ibu2 dalam wad. Bayaran tak pernah sampai rm30 pun.
Kalau ada yang tak puas hati tu, mungkin bukan rezeki mereka. Tapi untuk saya, berbaloi dah.
‘Bayar RM1 untuk ubat yang harga beratus’
samalah dengan saya, bayar singgit dapat ubat harga beratus syukur pic.twitter.com/P8gIVimWZl
— h (@herimzln) May 23, 2022