fbpx
Now Reading
Lelaki Cemas Punggung Digigit Ular Ketika Buang Air Besar, Bersyukur Tak Kena Alat Sulit
lelaki kena gigit ular ketika buang air besar

Lelaki Cemas Punggung Digigit Ular Ketika Buang Air Besar, Bersyukur Tak Kena Alat Sulit

Situasi tersebut telah membuatkan pemuda ini panik sehingga menyebakan dia bertindak menumbuk pintu sehingga pecah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kejadian seperti rumah dimasuki oleh ular sering kali berlaku terutama apabila berlakunya perubahan cuaca.

Suhu cuaca yang panas membuatkan haiwan reptilia ini sering kali mahu mencari kawasan yang lembab dan sejuk bersesuaian dengan habitat semula jadinya.

Namun, kewujudan haiwan pemangsa ini di dalam rumah pasti akan membuatkan semua orang berada dalam keadaan cemas dan tidak tentu arah.

Kena gigit masa sedang buang air besar

Perkara ini turut dikongsikan oleh seorang pemuda di Twitter, Sabri Tazli, 28, yang menceritakan tentang dirinya digigit seekor ular sawa batik sewaktu sedang membuang air besar di kediamannya di Selayang, Selangor pada 28 Mac yang lepas.

“Saya sakit perut, ketika itu saya sedang buang air besar dalam tandas. Saya ni jenis main telefon, dekat 15 minit main game. Masa tu saya tengah duduk, tiba-tiba ada seekor ular terkam di bahagian punggung.

Terus tarik ular dan campak ke dinding, disebabkan panik pemuda tumbuk pintu sampai pecah

“Saya ingatkan biawak, sebab belakang rumah selalu ada biawak. Bila saya bangun, ular masih melekat di punggung. Saya terus tarik ular itu dan campak ke dinding. Tiba-tiba saya jadi panik nak buka pintu, saya tumbuk pintu sampai pecah.

Sempat google ular bahaya atau tidak

“Tapi sejujurnya tak rasa sakit. Saya cuma nak tahu ular jenis apa je. Bila dah Google baru saya tahu ia ular jenis tak bahaya cuma takut ia membelit. Nasib baik saya yang kena, risau kalau kejadian itu berlaku pada mak atau anak-anak saudara saya,” jelasnya kepada mStar.

Kata Sabri, sejurus insiden tersebut berlaku, dia telah menghubungi Bomba bagi menangkap ular terbabit sebelum bergegas ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

Trauma, terpaksa guna tandas masjid selama 2 minggu

Disebabkan masih berasa takut dan terkejut dengan apa yang berlaku, Sabri memaklumkan dia terpaksa menggunakan tandas masjid yang berdekatan selama dua minggu.

Malah difahamkan insiden seperti itu tidak pernah berlaku sebelum ini selama lebih 40 tahun mereka menetap di kediaman tersebut.

“Selepas kejadian itu, saya terus cuci dan pakai kain pelikat ke hospital dengan isteri. Mujurlah hospital pun dekat dengan rumah. Mujur juga ular itu bukan jenis berbisa, tapi doktor tetap bagi suntikan kancing gigi kepada saya.

Jumpa gigi ular di kawasan luka

“Selepas dua minggu, saya periksa kawasan luka, masih ada separuh gigi ular ia terpatah mungkin sebab saya sentap ular dengan kuat. Sejujurnya memang trauma dengan kejadian itu.

“Dua minggu saya buang air besar di masjid belakang rumah. Lepas tu terpaksa tukar pintu tandas. Mangkuk tandas lama yang berwarna maroon juga sudah di tukar kepada yang putih.

“Ayah saya kata dah 40 tahun lebih duduk di kawasan perumahan teres tu, kali pertama berlaku kejadian macam ni. Sekarang saya memang ekstra berhati-hati,” katanya lagi.

Perkongsian Sabri di Twitter itu bagaimanapun telah mendapat perhatian ramai malah ada yang turut bersimpati dengan keadaannya dan ada juga yang takut dengan insiden tersebut.

‘Sebelum nak membuang lebih baik flush dulu’

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.