fbpx

“Tak Pernah Terfikir Akan Jadi Hodoh Sebegini”- Wanita Merana Kerana Mahukan Gigi Yang Cantik

Beliau turut menunjukkan kesan luka pada bibir yang kelihatan begitu teruk selain rahang yang sukar dibuka.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nasib malang menimpa seorang wanita dari Ireland Utara apabila kosmetik pergigian yang dijalaninya di Turki tidak seperti yang diharapkan.

Menurut artikel New York Post, gigi Amanda Turner menjadi bertambah buruk malahan dia juga mengalami kesakitan yang teruk pada bahagian bibir kesan dari rawatan yang dijalankan di sebuah klinik.

Wajah sukar digerakkan selepas selesai rawatan dental crown

Kisah tersebut turut dikongsikan Amanda menerusi sebuah video di TikTok yang sudah meraih lebih 100 ribu tontonan.

“Saya tidak boleh menggerakkan muka saya, ia sangat sakit,” kata Amanda sambil menahan keperitan.

Ianya bermula apabila Amanda nekad terbang ke Istanbul pada hujung April lalu untuk menjalankan rawatan dental crown di sebuah klinik bagi mendapatkan gigi yang lebih cantik.

Menurut Amanda, maklumat mengenai klinik itu diperolehinya daripada aplikasi WhatsApp.

Tiada suntikan kebas dan doktor tak cuci tangan lepas pegang phone

Tambahan lagi, dia tidak diberi suntikan kebas sebagai langkah penting sebelum proses mengeluarkan lapisan nipis enamel daripada giginya dilakukan. Ia menyebabkan Amanda terkejut dalam kesakitan dan menangis.

Apa yang lebih membimbangkan, doktor gigi itu juga turut menyentuh telefonnya sebelum memasukkan jari ke dalam mulutnya yang berkemungkinan akan menimbulkan risiko pencemaran yang tinggi.

“Saya terpaksa memohon lebih banyak suntikan untuk membuat saya kebas,” tulisnya dalam kapsyen.

“Saya mengatakan ia sakit dan minta hentikan namun mereka tidak lakukannya,” katanya.

“Saya tidak sepatutnya dibiarkan tanpa tekanan dan ini semua memainkan peranan mengapa saya mengalami kesakitan yang sama seperti sekarang,” kata Amanda yang mengakui rawatan dijalankannya itu tidak berbaloi.

Selesai rawatan, Amanda mengalami kesakitan yang teramat sakit. Dia juga mengalami kelaparan sepanjang minggu kerana rahangnya yang sukar dibuka dan tidak boleh makan dengan betul.

Dia turut tidak berpuas hati dengan hasil akhir prosedur dental crown itu.

Dapat menyedarkan masyarakat

@amandaturner1809 This is how I was left all last week no temps on and in a lot of discomfort I don’t think I have ever looked as ugly😂 it was brutal, wasn’t properly froze to begin with, I was body popping in pain, and crying my eyes out, I had to literally beg for more injections to numb me. By telling my story I hope to make other aware of just how wrong this can go. I should never have been left without temps and this is all playing a part in why I am in as much pain as I now am. It’s not worth it #fyp ♬ original sound – Amanda Turner

Amanda berharap, perkongsian pengalamannya di media sosial dapat memberikan kesedaran kepada orang ramai khususnya golongan pecinta kecantikan tentang bahaya yang mungkin terjadi.

Turki kini menjadi antara destinasi utama di Eropah untuk pelawat yang mahu menjalani pelbagai prosedur kecantikan termasuk kosmetik pergigian seperti dental crown.

Ini kerana harga yang ditawarkan boleh mencecah 70% lebih murah berbanding rawatan kosmetik pergigianyang dilakukan di negara Eropah lain

Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati di ruangan komen terhadap nasib malang wanita berkenaan.

Semakin sembuh

Namun carian kami di TikTok wanita ini mendapati dia sudah semakin sembuh dan sudah berkongsi giginya yang baru selepas lebih sebulan menjalani rawatan tersebut.

Walau bagaimanapun tiada sebarang penjelasan sama ada gigi terbaharunya dilakukan di Turki atau pun di tempat asalnya sendiri.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.