Cuaca Semakin Panas, Netizen Beri Cadangan Bagi Aircond Sebagai Hantaran Kahwin
Tidak dinafikan cuaca kini semakin hari semakin panas, sehingga ada yang mencadangkan untuk memberi penghawa dingin sebagai hantaran untuk mereka yang berkahwin.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Pemberian hadiah kepada pasangan yang baru sahaja membina ikatan perkahwinan telah menjadi salah satu cara untuk meraikan mereka.
Malah ada juga yang mengambil peluang ini untuk memberikan hadiah yang unik. Baru-baru ini tular di media sosial di laman Twitter apabila ada yang mencadangkan untuk memberi penghawa dingin sebagai salah satu hantaran ketika berkahwin.
Cuaca semakin panas
Hal ini kerana, keadaan cuaca di negara ini yang semakin panas.
Menerusi ciapan yang dimuat naik Ikar, dia mencadangkan agar barangan elektronik tersebut dalam masa sama dapat mengurangkan tekanan hidup mereka yang berumahtangga, lapor Kosmo.
Kalau ada RM5k duit extra untuk mulakan hidup di bandar maka 1k untuk aircond di bilik tidur, 1k untuk beli Hp Xiaomi, dan baki 3k untuk beli Motor Modenas Kriss.
Katanya, daripada mengeluarkan wang yang besar untuk sebuah majlis adalah lebih baik ia digunakan untuk membeli kelengkapan rumah khususnya buat suami isteri yang menetap di bandar.
“Kena wajibkan hantaran ‘aircond'”
“Cuaca di Malaysia semakin panas, kena wajibkan hantaran ‘aircond’ (penghawa dingin) semasa kahwin. Nanti baru kurang tekanan hidup,” tulisnya.
Ciapan tersebut kemudiannya menarik perhatian netizen, apabila ada di antara mereka yang bersetuju dengan cadangan tersebut serta mengakui keadaan cuaca kini semakin panas.
Namun, dalam masa yang sama ada juga yang tidak bersetuju kerana penghawa dingin juga merupakan salah satu punca kepada berlakunya pemanasan global.
‘Kawan-kawan buat kutipan beri hadiah kawin’
“Saya tak kisah rumah biasa-biasa je yang penting ada ‘aircond'”
“Kalau setiap rumah ada ‘aircond’, ‘global warming’ akan jadi lebih teruk”