fbpx
Now Reading
Sering Dikaitkan Dengan Sisi Gelap Internet, Lelaki Ini Kongsi Apa Itu Dark Web & Deep Web
apa itu dark web dan deep web

Sering Dikaitkan Dengan Sisi Gelap Internet, Lelaki Ini Kongsi Apa Itu Dark Web & Deep Web

Kita sering terdengar tentang Dark Web dan Deep Web, namun disebabkan kurang arif, ada yang takut apabila bercerita mengenainya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Topik seperti Dark Web sering menjadi perbualan pengguna internet tegar. Namun, bagi individu yang hanya sekadar menggunakan internet untuk carian biasa, Dark Web kedengaran agak asing dan ‘menakutkan’ bagi mereka.

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter, Omar Mokhtar telah berkongsi apakah sebenarnya Dark Web dan Deep Web yang sering kali digali oleh beberapa individu untuk mengetahui lebih lanjut apakah yang terdapat dalam dua web tersebut.

Menurutnya, saiz Dark Web ini hanyalah 5% sahaja daripada keseluruhan internet.

Jumlah pengunjung dalam Dark Web tak ramai

Malah jumlah pengunjung di dalam web ini juga tidak ramai kerana kebanyakan laman web dalamnya kelihatan seperti sudah lama serta jaringannya juga lambat.

Kelebihannya hanyalah adalah satu jaringan yang anonymous (tidak diketahui). Disebabkan itu ada yang berani untuk membuat aktiviti yang menyalahi undang-undang di dalam laman tersebut.

Walau bagaimanapun, kebanyakan cerita yang ada hanyalah cerita yang direka untuk memperdaya pengguna.

Sebahagian besar internet sebenarnya adalah Deep Web

Apa yang lebih tepat, sebahagian besar internet sebenarnya adalah Deep Web iaitu suatu jaringan di mana hanya individu tertentu dan terpilih sahaja yang boleh membuat akses.

Diringkaskan, sebarang akses bagi sesuatu perkara hanya dibenarkan untuk mereka yang diberikan akses sahaja sebagai contoh, pekerja, admin, dan golongan tertentu.

Bagi memberikan gambaran yang lebih jelas dia turut berkongsi contoh jaringan yang mempunyai akses tertentu di dalam Deep Web iaitu :

#1 Sistem-sistem kerajaan

Dimana hanya kakitangan kerajaan sahaja yang boleh akses ke dalam laman sesawang tersebut.

Mestilah kan? Rahsia rakyat?

#2 Peti masuk mesej

Peti masuk ini hanya individu yang mempunyai akses sahaja yang dapat membuka peti tersebut, sebagai contoh sekiranya anda mempunyai papan kekunci kepada sesebuah peti masuk mesej maka hanya anda yang dapat membuka peti tersebut.

Sebagai contoh : email anda.

Orang lain yang tidak mengetahui papan kekunci anda tidak akan dapat mengakses untuk membuka peti berkenaan.

#3 Admin media sosial seperti Twitter, Facebook, Instagram, TikTok dan sebagainya

Ianya samalah juga dengan peti masuk mesej. Sekiranya anda tidak mempunyai akses kepada akaun tersebut maka anda tidak akan dapat membuka sesebuah akaun tersebut.

#4 Sistem Pentadbiran Sumber Manusia (HR) dan database

Sistem ini kebiasaanya digunakan di tempat kerja anda, iaitu hanya mereka yang bekerja di syarikat itu sahaja yang mempunyai akses kepada akaun di dalam sesawang tersebut.

Sebagai contoh : sistem HRMS di tempat kerja/sekolah anda.

Sekiranya seseorang itu telah berhenti daripada syarikat tersebut secara tidak langsung syarikat itu akan membatalkan akaun yang anda dimiliki.

Kebiasaanya kita mendengar orang berkata bahawa kita hanya boleh akses di atas permukaan internet (surface) sahaja.

Tetapi sebenarnya setiap orang sudah mempunyai akses di sebahagian kecil deep web yang berkaitan dengan diri masing-masing seperti contoh yang diberikan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.