Wanita Kelahiran Malaysia Dilantik Jadi Menteri Luar Australia

Seorang wanita kelahiran Malaysia menjadi bualan di media sosial apabila dilantik menjadi Menteri Luar Australia yang baharu, semalam (23 Mei).

Penny Wong, 54 tahun, anak kelahiran Kota Kinabalu, Sabah menjadi barisan menteri pertama yang mengangkat sumpah selepas pilihan raya umum Australia yang berlangsung baru-baru ini.

@godtool #fypシ #tiktok #malaysia #indonesia🇮🇩 #australia ♬ Powerful songs like action movie music – Tansa

Namun ini bukanlah lantikan pertama kali beliau sebagai menteri, sebaliknya wanita berkelulusan Ijazah Undang-Undang dan Seni dari Universiti Adelaide pada tahun 1992 itu pernah menjawat jawatan Menteri Perubahan Iklim dan Air pada 2007 dan Menteri kewangan (2010).

Selain itu beliau juga telah dipilih sebagai Senator untuk Australia Selatan pada 2001, dan seterusnya mempertahankan kerusinya pada 2007, 2013 dan 2016. Ini menjadikan Wong senator keempat paling lama berkhidmat di Australia.

Wong juga pernah mencipta sejarah apabila menjadi wanita pertama sebagai Ketua Kerajaan di Dewan Negara pada 2013, dan seterusnya Ketua Pembangkang di Dewan Negara selepas kekalahan partinya dalam pilihan raya 2013.

Susulan pilihan raya umum 2016 pula, Penny sekali lagi dilantik sebagai ketua pembangkang di Senat.

Memandangkan pengalaman luas Wong, tidak ramai yang terkejut melihat dia kembali aktif di bidang politik.

Kemenangan Anthony Albanese

Seluruh rakyat Australia menyaksikan pertukaran kerajaan selepas sembilan tahun di bawah pemerintahan sebelum ini pada Ahad lepas (23 Mei). Parti Buruh yang dipimpin oleh Anthony Albanese menggulingkan gabungan Liberal-Nasional Morrison.

Wong dijangka akan menyertai Perdana Menteri Australia yang baharu, Anthony Albanese, bersama dengan Amerika Syarikat (AS), Jepun dan India pada sidang kemuncak Quad selama dua hari, dalam tugas rasmi pertama selepas memenangi pilihan raya kebangsaan.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

17 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

17 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

17 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

18 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

19 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

20 hours ago