fbpx

Ini Cara Tukar Nama/ Hakmilik Kenderaan Bagi Pemilik Yang Sudah Meninggal Dunia

Sebagai peringatan, adalah menjadi satu kesalahan sekiranya cukai jalan tamat tempoh tetapi kenderaan tersebut masih digunakan di atas jalan raya

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Proses menukar nama atau hakmilik kenderaan seperti kereta atau motor tidaklah sesukar mana. Meskipun ia kedengaran agar rumit, proses ini sebenarnya senang dan mudah serta tidak memakan masa yang lama! 

Namun bagaimana pula caranya untuk menukar hakmilik bagi pemilik yang sudah meninggal dunia?

Bagi anda yang mahu menukar nama dan hakmilik kenderaan daripada pemilik asal (owner) yang sudah meninggal dunia, ada beberapa prosedur yang perlu anda ikuti seperti yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia.

Pertukaran pemilikan kenderaan tersebut perlu dibuat sekiranya kenderaan itu masih menjadi kegunaan harian bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku.

Selain itu, ia bagai membolehkan proses pembaharuan cukai jalan dan perlindungan insurans dibuat sepenuhnya ketika menggunakan kenderaan tersebut di jalan raya.

#1 Selesaikan pembahagian harta pusaka

Mana-mana harta, termasuk kenderaan, yang ditinggalkan oleh ahli keluarga yang meninggal dunia akan dianggap sebagai harta pusaka. Oleh itu, pembahagian harta pusaka hendaklah disempurnakan terlebih dahulu sebelum pemindahan hak milik dapat dilakukan.

Berikut adalah dokumen yang diperlukan:

  • Sijil Kematian
  • Borang JPJK3A
  • Kad pengenalan (MyKad) atau passport pengganti atau pentadbir
  • Geran/sijil pemilikan kenderaan
  • Perintah Mahkamah
  • Surat geran probet atau surat pentadbiran atau surat pengesahan AmanahRaya
  • (B5) laporan pemeriksaan pemindahan hak milik daripada Puspakom

#2 Jalani pemeriksaan kenderaan di Puspakom

Foto : Puspakom

Seterusnya, bawa kenderaan tersebut ke Puspakom untuk pemeriksaan pemindahan hak milik (juga dikenali sebagai pemeriksaan B5).

Anda boleh menempah temu janji pemeriksaan dan memilih cawangan terdekat dan slot masa yang dikehendaki secara dalam talian melalui laman web MyPuspakom atau aplikasi MyPuspakom.

Penting! Jangan lupa bawa kad pendaftaran kenderaan asal atau sijil pemilikan kenderaan, serta kad pengenalan anda.

Jika anda melantik wakil untuk membawa masuk kenderaan untuk pemeriksaan, mereka dikehendaki menyerahkan borang pelepasan liabiliti semasa pemeriksaan.

Setelah selesai ujian, laporan pemeriksaan kenderaan akan dikeluarkan. Laporan itu sah selama 60 hari.

3# Dapatkan insurans kenderaan baharu di bawah nama pemilik baharu

Foto : Pexels

Pastikan anda telah membeli polisi insurans kenderaan baharu sebelum ke pejabat JPJ untuk pemindahan hak milik. Beritahu ejen insurans bahawa kereta itu sedang dalam proses pemindahan hak milik.

4# Kunjungi cawangan JPJ berhampiran untuk pindah milik

Sekarang masanya untuk menukar hak milik kenderaan tersebut secara rasmi. Sediakan dan lengkapkan borang berikut sebelum anda mengunjungi cawangan JPJ yang berhampiran:

  • Dua salinan borang TM3
  • Dua salinan borang JPJK3A
  • Geran asal
  • Laporan (B5) Puspakom
Borang JPJK3A (Borang 1)
Borang JPJK3A (Borang 2)

Bawa juga salah satu daripada borang ini:

  • Perintah Mahkamah
  • Surat pemberian probet
  • Surah pengesahan AmanahRaya
  • Surat pentadbiran

#5 Dapatkan cukai jalan ‘roadtax’ terbaharu

Dengan adanya polisi geran dan insurans baharu, anda kini boleh membeli cukai jalan di mana-mana kaunter pejabat cawangan JPJ atau dalam talian melalui MyEG.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.