fbpx
Now Reading
Kerajaan Bakal Wajibkan Brek ABS Pada Motosikal 150cc Ke Atas, Kata Menteri Pengangkutan

Kerajaan Bakal Wajibkan Brek ABS Pada Motosikal 150cc Ke Atas, Kata Menteri Pengangkutan

Usaha ini dilakukan kerajaan dalam mengurangkan kes kemalangan maut, di mana lebih 60% daripadanya membabitkan penunggang motosikal.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kerajaan bakal mewajibkan semua syarikat pengeluar motosikal untuk melakukan pemasangan sistem brek antikunci (ABS) bagi motosikal baharu dengan enjin bersesaran 150cc ke atas.

Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong penguatkuasaan ini akan dilaksanakan selepas pihaknya mendapat kajian terperinci yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros).

Difahamkan kajian tersebut akan dimulakan oleh Miros pada tahun ini dan dijangka akan disiapkan dalam tempoh 6 bulan, sebelum MOT melaksanakan penguatkuasaan penuh yang dijangka bermula dalam masa dua tahun selepas tempoh itu selesai.

Anatomi motosikal | Foto:Motorcycle Legal Foundation

“Tempoh masa sama akan digunakan untuk meminda peraturan sedia ada bagi mewajibkan pemasangan ABS.

“Saya dengan sukacitanya mengumumkan satu kerjasama bersama Miros untuk melaksanakan satu kajian terperinci ke arah mewajibkan pemasangan ABS bagi enjin bersesaran 150cc dan ke atas.

“Kajian ini akan melibatkan semua pemegang taruh daripada pembuat motosikal dan wakil pengguna sebelum dimuktamadkan dalam tempoh enam bulan,” katanya sewaktu sidang akhbar di Ayer Molek, Melaka.

Jelas Wee lagi, kajian yang dilakukan Miros terhadap teknologi ABS setakat ini, dilihat mampu mengurangkan sekurang-kurangnya 30% kemalangan dan kematian membabitkan pengguna motosikal.

Usaha ini dilakukan kerajaan dalam mengurangkan kes kemalangan maut, di mana lebih 60% daripadanya membabitkan penunggang motosikal. 

“Ini bermaksud kita ada tempoh transisi ynag kita boleh benarkan. Mana-mana pembuat atau pengilang yang sudah bersiap siaga tidak ada masalah, boleh teruskan.

“Kalau mereka yang masih ada masalah, dia boleh gunakan tempoh diberikan untuk melakukan. Kita akan lihat keberkesanan apabila dipasang pada mereka penunggang motosikal lebih 150cc seterusnya kita akan melihat ke bawah, macam mana,” katanya.

Bagaimana ABS dapat membantu?

ABS dapat membantu mengurangkan kadar kemalangan kerana ia menawarkankan teknologi anti gelincir yang menghalang motosikal daripada tergelincir, terbabas dan gagal mengelak ketika menunggang.

Rujuk video di bawah untuk maklumat lanjut:

Persoalannya adakah harga motosikal juga akan meningkat sekiranya ia mula diwajibkan kelak?

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.