fbpx
Now Reading
Mahu Hidup Seperti Haiwan, Lelaki Sanggup Berhabis RM70,000 Tempah Kostum Anjing [Video]
Lelaki mahu jadi haiwan, pakai kostum anjing

Mahu Hidup Seperti Haiwan, Lelaki Sanggup Berhabis RM70,000 Tempah Kostum Anjing [Video]

Lelaki tersebut bukan sahaja memakai kostum tetapi turut memuat naik di laman media sosial.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang lelaki Jepun telah berjaya memenuhi impiannya untuk hidup sebagai seekor haiwan dengan memakai kostum anjing yang ditempahnya dari sebuah syarikat yang pakar dalam kesan khas dan permodelan khas.

Dia yang dikenali dengan nama Toco di Twitter telah menghubungi sebuah bengkel khas, Zeppet dan meminta mereka untuk menghasilkannya satu kostum anjing yang realistik.

Ini kerana, dia mahu menyembunyikan rangka manusianya untuk membolehkan dia menjalani dunia fantasinya, lapor Oddity Central.

Bayar 2 juta yen buat kostum anjing

Difahamkan, syarikat tersebut telah mengenakan bayaran kira-kira ¥2 juta (RM65,897.42) untuk membuat kostum tersebut dengan hasilnya yang sangat mengagumkan.

Mungkin terlalu teruja untuk menayang *sisi keduanya, Toco kemudian memuat naik video di media sosial seperti Twitter dan YouTube memperlihatkan dia melakukan pelbagai aktiviti dengan menggunakan kostum yang begitu mirip seperti anjing Collie sebenar.

“Saya rasa adalah satu pembaziran untuk memakainya sahaja, maka saya siarkan video,” kata Toco.

Tiada jawapan kenapa mahu jadi haiwan

Apabila ditanya mengapa dia mahu hidup sebagai haiwan dia memaklumkan bahawa perkara itu adalah sukar untuk dijawab.

Syarikat yang membuat kostum berkenaan mereka memaklumkan kostum yang dipakai oleh Toco merupakan kostum yang sukar untuk dibuat kerana keadaan bentuk badan anjing dan manusia sangat berbeza.

Ambil masa 40 hari siapkan kostum

Oleh itu, mereka terpaksa memikirkan bagaimana untuk membuatkan Toco kelihatan seperti anjing sebenar. Bukan itu sahaja, kostum tersebut dibuat dengan menggunakan bulu sintetik dan mengambil masa selama 40 hari untuk menyiapkan setiap perinciannya.

“Kami menggunakan gambar Collie yang dirakam dari sudut berbeza, Ia untuk meningkatkan kehalusan bulu serta untuk menyembunyikan pelapik kostum dengan sebaiknya dan membuat mulut haiwan tersebut terbuka dan tertutup dengan sendirinya.

“Pada masa ini, pelanggan utama syarikat kami ialah syarikat filem dan pengiklanan, manakala pelanggan individu menyumbang kira-kira 10% daripada jumlah keseluruhan,” jelas syarikat tersebut.

Dapat liputan media di Jepun

Kisah Toco bagaimanapun telah tular di Jepun sejak bulan lalu, sehingga ia disiarkan di beberapa saluran televisyen nasional.

Malah ada juga segelintir netizen yang tidak memahami dengan keinginan Toco dan menyifatkan asalkan ia tidak menganggu orang lain, maka itu adalah urusan dirinya sahaja.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.