fbpx
Now Reading
Cikgu Dari Malaysia Dinobat Anugerah Guru Berdedikasi Cambridge

Cikgu Dari Malaysia Dinobat Anugerah Guru Berdedikasi Cambridge

Cikgu Khalifa berjaya meraih undian tertinggi dengan mengetepikan 7,000 pencalonan dari 112 negara termasuk 5 pemenang serantau iaitu pendidik dari Nigeria, Bangladesh, Amerika Syarikat, Pakistan dan Itali.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang guru dari Kolej Vokasional Keningau, Sabah, mengharumkan nama Malaysia apabila dinobatkan sebagai pemenang bagi Anugerah Guru Berdedikasi Cambridge 2022.

Cikgu Khalifa Affnan dipilih merangkul anugerah global itu atas pencapaian memberangsangkan beliau memperkenalkan pelajarnya dengan dunia luar iaitu dengan menganjurkan program pertukaran budaya di antara Kolej Vokasional Keningau dengan sebuah insitusi pendidikan di Korea Selatan.

Bukan itu sahaja, beliau juga bertanggungjawab mencetuskan satu projek sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) bagi para pelajarnya, menurut laporan Cambridge University Press.

“Usaha beliau berjaya meningkatkan penyertaan aktif pelajar perempuan dan pelajar keperluan khas dalam aktiviti STEM.

“Ramai pelajarnya telah mendapat pengiktirafan antarabangsa termasuk tempat ketiga pada Kejohanan Robotik Korea 2018 dan selain beliau menjadi ‘keynote speaker’ di sidang kemuncak STEM British pada tahun 2020,” lapor Cambridge Press lagi.

Berjaya ketepikan 7,000 pencalonan dari 112 negara

Difahamkan, Khalifa berjaya meraih undian tertinggi dengan mengetepikan 7,000 pencalonan dari 112 negara termasuk 5 pemenang serantau iaitu pendidik dari Nigeria, Bangladesh, Amerika Syarikat, Pakistan dan Itali.

Kejayaan ini sekaligus menjadikan Cikgu Khalifa Affnan sebagai guru pertama dari Malaysia yang pernah merangkul anugerah berprestij tersebut di peringkat global.

Menerusi laporan I Love Borneo, Khalifa menjelaskan dia mula serisus dan meminati bidang STEM ketika menyertai program pertukaran guru anjuran Teachers Professionalism Division.

Pengalaman itu meluaskan fikira saya tentang dunia teknologi dan membuka mata saya kepada mekanik di sebalik dron, robotik, pengekodan dan banyak lagi. Ini menyemarakkan semangat saya dalam mengajar subjek berasaskan ICT, selain daripada subjek berasaskan bahasa yang saya sudah mengajar.”

Khalifa Affnan

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.