fbpx
Now Reading
Demi Nasi Goreng, Wanita Sanggup Bagi Minyak Masak Lepas Kedai Bagitahu Kena Tutup Sebab Minyak Habis [Video]
kedai tutup takde minyak masak, wanita bagi minyak masak

Demi Nasi Goreng, Wanita Sanggup Bagi Minyak Masak Lepas Kedai Bagitahu Kena Tutup Sebab Minyak Habis [Video]

Apabila kedai memaklumkan mereka tutup kerana kehabisan minyak, wanita ini lantas mengambil minyak masak yang dibeli untuk memasak makanan yang dipesan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Topik ‘nak makan apa’ atau ‘makan di mana adalah’ sesuatu yang sukar untuk ditentukan. Apabila sedang lapar sememangnya terasa nak makan macam-macam tapi sukar nak buat keputusan nak makan apa.

Tetapi kalau dah dapat atau teringin nak makan di satu kedai tu, pasti akan kita usahakan untuk memastikan hasrat di hati tercapai.

Bagi minyak masak dekat tukang masak

Perkara ini dapat dikaitkan dengan perkongsian seorang lelaki apabila ibunya itu sanggup memberikan minyak masak yang dibelinya kepada tukang masak di sebuah kedai makan di Puchong hanya kerana mahu menjamu selera di situ.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @iskandarzamuel, kelihatan ibunya memberikan minyak masak yang baru dibeli dari pasar raya selepas pekerja kedai makan tersebut memaklumkan kedai mereka terpaksa ditutup akibat kehabisan minyak untuk memasak.

@iskandarzamuel

Kita pulak yang malu aih, mmg no excuse ye dengan mak mak 😆

♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Malu tetapi rasa terhibur dengan keletah ibu

Dia turut mengakui malu dengan telatah si ibu. Namun, dalam masa yang sama rasa terhibur kerana tiada alasan yang boleh diberikan jika melibatkan kaum ibu.

“Kita pulak yang malu aih, memang no excuse ya dengan mak mak,” tulis Iskandar di dalam kapsyen.

Dalam video tersebut, jelas menunjukkan tukang masak itu telah mengambil minyak tersebut dan memasak nasi goreng yang diinginkan oleh wanita tersebut. Sementara itu, dia dengan sabar menanti makanan tersebut.

Nampak gembira lepas dapat nasi gorengnya

Lebih melucukan apabila dia kelihatan begitu gembira selepas mendapat nasi goreng yang diinginkan sambil membawa botol minyak ke meja makan.

Meninjau di ruang komen rata-rata netizen turut terhibur dengan keletah ibunya dan ada yang berkata mujur ibunya tidak masuk ke dapur untuk memasak.

‘Ada diskaun tak kasi minyak tu?’

‘Macam mak aku, layan jelah’

‘Aunty memang lain dari yang lain’

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.