Guru Pukul, Hantuk, Tolak & Pijak Badan Pelajar Kerana Tertidur Dalam Kelas

Seorang guru di China telah dicutikan oleh pentadbiran selepas tular video memaparkan dia memukul seorang pelajar dengan ganas hanya kerana tertidur semasa di dalam kelas.

Pelajar sekolah menengah tersebut, yang hanya mahu dikenali dengan nama keluarga Liu, kemudian telah dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut di bandar Zhaotong di wilayah Yunan, China.

Tarik rambut, hentak ke meja, tolak dan pijak belakang pelajar

Menerusi video yang tular, kelihatan guru yang bernama Ma itu telah menarik rambut pelajar tersebut dan menghentak kepalanya ke meja berulang kali sebelum dia diheret keluar kelas, lapor Daily Star.

Dia kemudiannya menyuruh pelajar itu berdiri di hadapan kelas dan segala perlakuannya itu disaksikan oleh pelajar lain yang begitu ketakutan.

Bukan itu sahaja, Liu juga turut ditolak ke atas lantai sebelum belakang badannya dipijak.

Insiden berlaku pada 10 Mei

Video yang dirakam pada 10 Mei itu telah disahkan oleh kerajaan Daerah Ludian selepas siasatan dilakukan di Sekolah Menengah No.2 Daerah Ludian.

“Video seorang guru sekolah yang memukul pelajar di Zhaorong wilayah Yunnan telah tular di internet, dan video tersebut benar-benar dirakam pada 10 Mei 2022 di sekolah berkenaan.

“Selepas insiden itu, Biro Pendidikan dan Sukan Daerah Ludian dengan segera menghantar pelajar bernama Liue ke hospital untuk pemeriksaan fizikal di seluruh badan.

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan

“Walau bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam pemeriksaan awal dan mangsa telah kembali ke sekolah untuk meneruskan pengajian,” jelas seorang pegawai kerajaan Daerah Ludian.

Menurut Liu pula, guru itu datang memukulnya selepas melihat dia mengantuk serta memberitahu kebiasaanya guru lain hanya akan menyuruh pelajar yang tidur untuk berdiri dan mendengar pelajar sahaja.

“Guru kami yang lain kebiasaanya menyuruh murid yang sedang tidur untuk berdiri dan mendengar apa yang diajar. Namun berbeza dengan ketua guru apabila dia bertukar menjadi marah,” jelas Liu.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Bukan Paku, Rupanya Serpihan Besi Skrap Jadi Punca Puluhan Kereta Rosak Di Lebuhraya Karak

Menurut KPD Bentong, pihaknya telah menerima dua laporan berhubung kejadian itu yang masing-masing dari pengguna…

36 mins ago
  • Trending

“Tak Pelah Wangi Bilik Nek” – Reaksi Santai Nenek Lihat Cucu Main Bedak Jadi Perhatian [Video]

Wanita yang menggelarkan dirinya nenek itu langsung tidak menunjukkan kemarahan kepada Danish malah, dia turut…

59 mins ago
  • News
  • Trending

Remaja Tular Bakar Anak Kucing Hidup-hidup Sudah Ditahan Polis

Sebelum ini, rakaman CCTV kejadian di Flat Kenari, Kajang itu tular di media sosial hingga…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Enggan Pergi Kelas Mengaji, Remaja Reka Cerita Dirinya Diculik

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, hasil soal siasat dan rakaman percakapan mangsa, saksi dan…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Akhyar Rashid Cedera Dipercayai Disamun Di Kuala Terengganu [Video]

Pemain Terengganu FC (TFC) itu juga didakwa kehilangan telefon bimbit dan dompetnya kerana dilarikan oleh…

3 hours ago
  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

19 hours ago