fbpx
Now Reading
Isu Founder & Influencer Guna Duit Palsu Untuk ‘Marketing’, Geng Tiktok Buat Laporan Polis
Siti Jamu

Isu Founder & Influencer Guna Duit Palsu Untuk ‘Marketing’, Geng Tiktok Buat Laporan Polis

Siti Jamu Mall didakwa memberi wang palsu bernilai RM10,000 sebagai bayaran buat Puteri Sari sekaligus membuatkan pihak Puteri Sari mencampak wang berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Akhir-akhir ini, isu trend ‘marketing melampau’ yang dilakukan oleh segelintir influencer dalam mempromosikan diri atau produk sering menjadi bualan netizen.

Mereka yang mengikuti trend ini tidak kisah sekiranya dikecam oleh netizen kerana motif utama mereka adalah untuk menarik sebanyak mungkin jumlah tontonan sekali gus menaikkan nama mereka.

Baru-baru ini, seorang influencer di Tiktok, Puteri Sari, dikatakan bergaduh dengan seorang usahawan, Siti Jamu Mall. Difahamkan punca pergaduhan adalah disebabkan isu wang palsu yang diberikan oleh usahawan terbabit.

Namun, mereka kemudiannya mengakui ia hanyalah satu lakonan bagi tujuan promosi. Keadaan bagaimanapun menjadi keruh apabila perjanjian lakonan yang dijanjikan untuk dilakukan dalam tempoh 3 hari tetapi berlarutan.

@dayahae__

Rupanya marketing kes duit palsu😥 #duitpalsu @jamumall_hq @puteriisarii

♬ suara asli – gabut woi

Puteri Sari mendakwa Siti Jamu Mall seolah-olah memanjangkan lakonan ini sekaligus mengganggu jadual kerjanya. Isu ini turut mendapat perhatian Dato’Seri Vida dan juga influencer Puspa Gomen.

Buat laporan polis kerana undang-undang diperlekehkan

Disebabkan ramai yang rasa tertipu, beberapa pengguna TikTok telah tampil menyelar tindakan kurang bijak yang dilakukan oleh dua pihak terbabit dan ada juga yang membuat laporan polis ke atas mereka.

@ciksharina

Please la nak buat sesuatu jgn menyusahkan org!Nak naik nama sekali pun profesional la.. abg @penceritatv bagi buka mata semua tiktokers👍

♬ original sound – 🐅Mizz Nina🐅 – 🐅Mizz Nina🐅

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh satu akaun TikTok, wartawan Azrul Affandi Sobry telah membuat laporan polis berhubung isu dua individu itu kerana menggunakan duit palsu.

Akhirnya, ada yang bersuara

Dia juga menyeru pengguna-pengguna TikTok untuk turut membuat laporan polis terhadap dua wanita tersebut kerana seakan mempersendakan undang-undang negara dan juga Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana sesuka hati membuat konten tentang duit palsu yang terang-terang satu jenayah.

Video live yang dimuat naik kembali itu telah mendapat pelbagai maklum balas daripada warganet dan rata-rata netizen bersetuju dengan tindakan yang dilakukan oleh Azrul Affandi Sobry.

Sehubungan dengan itu, diharapkan agar trend dalam meraih populariti dengan cara yang salah ini tidak menjadi ikutan kerana mampu membawa pengaruh yang tidak elok buat masyarakat.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.