fbpx
Now Reading
“Smart Woo MyBI Ni” – Netizen Teruja Tengok Kereta Myvi Versi Lego
Replika Kereta mirip Myvi dibuat daripada Lego

“Smart Woo MyBI Ni” – Netizen Teruja Tengok Kereta Myvi Versi Lego

Replika kenderaan yang digelar MyBI itu telah diletakkan di pusat beli belah Publiks sebagai pameran.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Lego merupakan satu permainan yang dimainkan oleh setiap peringkat umur. Malah peminat-peminatnya juga sanggup menghabiskan ribuan ringgit untuk mengumpul jenis Lego yang diinginkan.

Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan sebuah kenderaan yang mirip dengan ‘King Of The Road’ atau Myvi yang diturunkan daripada sebuah lori.

Diberi nama MyBI

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok oleh @znspantas atau Zamrul, kenderaan yang digelar MyBI tersebut telah dihantar ke sebuah pusat membeli-belah Publika bagi tujuan pameran.

@znspantas

Reply to @shhrulhdyat_ Saya transporter je utk event ni..Saya tak tau sgt..Cuma kagum je 🙏🏻 #fypシ #abanglori #thetransporter #znspantastransport #yellowtruck #budoktebing #anokpahang

♬ original sound – Puisi Vibes – Puisi Vibes

Namun, apa yang menarik perhatian netizen adalah replika kenderaan tersebut telah dibuat sepenuhnya dengan menggunakan Lego.

Di dalam video tersebut Zamrul turut memaklumkan bahawa dia merupakan seorang ‘transporter’ yang melakukan perkhidmatan untuk menghantar ‘Myvi’ tersebut serta berasa kagum dengan hasil replika tersebut.

Dibuat oleh anak tempatan dengan menggunakan 1.2 juta blok

Difahamkan replika menggunakan Lego ini merupakan hasil buatan anak tempatan yang dihasilkan oleh Bryks Art.

Menerusi laporan Motoqar, replika itu telah dibuat dengan menggunakan 1.2 juta bongkah Lego dan sistem audio kenderaan tersebut berfungsi baik dengan memutarkan lagu-lagu raya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan hasil setiap perincian yang ada pada replika ini.

Ada juga yang menjangkakan jika ia dijual pasti harganya lebih mahal berbanding kenderaan sebenar kerana ia dibina dengan menggunakan Lego.

Malah ada yang merasakan, harganya jika dijual pasti lebih mahal berbanding kenderaan sebenar memandangkan dibina 100% menggunakan bongkah Lego.

@motoqar

Reply to @control.co pintu boleh buka. #tiktok #myvi

♬ original sound – Motoqar – Motoqar

‘Myvi Lego macam lagi mahal je’

‘Lego kecik je dah beribu’

‘Smart.. macam mana dia buat’

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.