
Subhanallah! Malaysia Pengeluar Al-Quran Ke-2 Terbesar Di Dunia Selepas Arab Saudi
Malaysia merupakan negara ke dua terbesar di dunia yang menghasilkan pencetakkan al-Quran selepas Kompleks King Fahd di Madinah.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Tidak dinafikan Malaysia merupakan negara yang penduduknya terdiri daripada berbilang kaum seperti Cina, India, Kadazan, Iban, serta banyak lagi.
Namun majoriti masyarakat di negara ini merupakan penganut agama Islam. Oleh itu, tahukah anda bahawa Negara Malaysia merupakan negara ke dua di dunia yang mencetak kitab suci al-Quran?
Perkara ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter @richardker, beliau turut memaklumkan bahawa bangunan percetakan ini berada di Putrajaya yang dikenali sebagai Kompleks Nasyrul Quran.
The global Muslim population is expected to reach three billion by 2050.
— Richard Ker (@richardker) May 25, 2022
The Nasyrul Quran complex would be able to meet domestic & global demand for the Quran.
The complex is located in Precinct 14, Putrajaya.
It sits on a 5.5 acre site & built at a cost of RM60m. pic.twitter.com/LJOi5Wyohe
Menelan belanja RM60 billion
Bangunan kompleks yang terletak di Persint 14, Putrajaya dengan keluasan 5.5 ekar itu telah siap dibina pada 2017 dengan kos RM60 juta.
Ia sekaligus meletakkan Malaysia di belakang Kompleks King Fahd, Madinah yang merupakan pusat percetakan terbesar di dunia,
Pada tahun 2050, sebanyak tiga bilion populasi umat Islam akan bertambah
Populasi umat Islam pada tahun 2050 di jangka akan meningkat kepada tiga bilion. Oleh itu, kompleks ini telah menjangkakan mereka akan mampu untuk membekalkan al-Quran yang cukup dipasaran tempatan dan termasuklah di luar negara.
Bukan itu sahaja Kompleks Nasyrul Quran ini juga mampu untu menghasilkan satu juta unit al-Quran pada setiap tahun.
Dinding-dinding dihiasi dengan artifak dan ayat suci al-Quran
Apa yang lebih menarik, dinding-dinding bangunan ini juga dihiasi dengan artifak Islam serta ayat suci al-Quran. Malah ia juga menunjukkan beza setiap versi al-Quran daripada serata dunia.
Anda juga dapat melihat proses bagaimana al-Quran ditulis dan cara ia dicetakkan serta dapat melihat perbezaan versi dan tulisan kitab suci ini daripada negara yang lain.
Mereka juga menunjukkan perbezaan setiap alatan yang digunakan dalam menghasilkan al-Quran berkenaan.
Before entering the Nasyrul Quran, you need to take off your shoes.
— Richard Ker (@richardker) May 25, 2022
Some exhibition areas show the Quran writing and printing processes.
You can also view different Quran version & writings from other countries and region.
They show different tools used for production. pic.twitter.com/h9r5QjzFgh
Boleh sertai lawatan untuk melihat setiap proses perincian membuat al-Quran
Jika bertuah anda mungkin dapat menyertai lawatan di dalam komplek ini, di mana anda dapat melihat sendiri setiap proses sehingga al-Quran di siapkan.
Malah mereka bukan sahaja mempunyai al-Quran tetapi turut menjual beberapa produk lain seperti buku, poster, cenderamata serta banyak lagi. Mereka juga mempunyai kemudahan yang baik untuk kanak-kanak dan pengunjung turut dilayan dengan mesra.
The centre is kid-friendly & it’s free!
— Richard Ker (@richardker) May 25, 2022
Visitors are treated with great hospitality.
They have excellent reviews & friendly staff.
Who knew we have such an amazing facility that has been producing & exporting the Quran to all over the world! pic.twitter.com/rw9SOc8TL5