fbpx
Now Reading
Bakar Bunga Api & Anjur Tarian Separuh Bogel Di i-City, Instafamous ‘Cik Lala’ Ditahan Polis [Video]

Bakar Bunga Api & Anjur Tarian Separuh Bogel Di i-City, Instafamous ‘Cik Lala’ Ditahan Polis [Video]

Difahamkan tarian separuh bogel oleh sekumpulan lelaki pondan dan acara pembakaran bunga api dilakukan berhampiran Dewan Unit B-Ug-12 Upper Grand Floor Centralwalk i-City.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tindakan seorang instafamous menganjurkan majlis rumah terbuka Aidilfitri di sebuah unit di I-City, Shah Alam yang dicemari aksi tarian separuh bogel dan bunga api akhirnya membawa padah apabila dia ditahan pihak berkuasa.

Instafamous berkenaan yang dikenali sebagai ‘Cik Lala’ ditahan pada Ahad, 29 Mei dan akan direman sehingga 31 Mei bagi membantu siasatan selepas tular beberapa rakaman majlis tersebut yang dimuat naik di aplikasi TikTok.

Ditahan selepas pengurus JMB kondom buat laporan polis

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim, ‘Cik Lala’ ditahan polis selepas pengurus badan pengurusan bersama (JMB) kondominium i-Soho I-City membuat laporan polis pada 28 Mei lalu.

Difahamkan tarian separuh bogel oleh sekumpulan lelaki pondan dan acara pembakaran bunga api dilakukan berhampiran Dewan Unit B-Ug-12 Upper Grand Floor Centralwalk i-City.

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 27 Mei kira-kira pukul 8 hingga 11.30 malam, sekumpulan lelaki pondan membuat tarian separuh bogel diikuti dengan muzik yang kuat serta terdapat pembakaran bunga api di kawasan awam berhampiran rumah penduduk.

“Penganjur yang dikenali dengan nama panggilan Cik Lala adalah individu yang menyewa unit berkenaan dengan kos RM4,000 untuk Majlis Hari Raya dengan jemputan lebih kurang 50 orang kenalannya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Boleh jatuhkan imej i-City

Tambah beliau lagi, tangkapan itu juga dilakukan kerana aktiviti tidak bermoral tersebut dikhuatiri mencemari lokasi berkenaan yang merupakan tempat tumpuan pelancong di Selangor.

Kes disiasat di bawah seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 6 Akta Bahan Letupan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Terdahulu turut tular di media sosial perbualan di antara penduduk di kawasan tersebut bersama pihak JMB yang tidak berpuas hati dengan kekecohan yang dilakukan oleh majlis yang dianjurkan Cik Lala.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.