fbpx
Now Reading
Simpan Telefon Bimbit Dalam Poket Punca Lelaki Jadi Mandul? Doktor Perjelas Isu Sebenar
simpan phone dalam poket kesuburan lelaki

Simpan Telefon Bimbit Dalam Poket Punca Lelaki Jadi Mandul? Doktor Perjelas Isu Sebenar

Penggunaan telefon serta barangan elektronik yang mempunyai gelombang sedikit sebanyak mempengaruhi molitilitas sperma, sekaligus boleh menyebabkan ketidaksuburan seseorang lelaki

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Isu ketidaksuburan bukanlah satu isu yang baru untuk dibincangkan. Malah, isu ini juga sering diperdebatkan oleh pasangan yang sudah berkahwin terutama bagi mereka yang ingin memiliki cahaya mata.

Masalah ini jika tidak diselesaikan dengan baik pasti mampu membuatkan segelintir pasangan bergaduh besar atau lebih teruk lagi, bercerai.

Keadaan juga dilihat semakin membimbangkan apabila ada laporan yang mengatakan terdapat peningkatan jumlah kes ketidaksuburan di kalangan lelaki.

Gaya hidup dan teknologi tinggi jadi punca utama

Perkara ini membuatkan ramai doktor percaya bahawa gaya hidup serta teknologi tinggi adalah punca utama kepada isu ini.

Kajian ini telah dilakukan hampir sedekad bagi mengetahui sama ada penggunaan alatan elektronik seperti telefon bimbit, komputer riba, atau gelombang mikro (microwave) boleh menyebabkan kemandulan kepada lelaki, lapor mStar.

Motilitas sperma boleh dipengaruhi dari penggunaan telefon bimbit

Foto: Pixabay

Menerusi hasil beberapa kajian mendapati bahawa motilitas sperma sebenarnya boleh dipengaruhi secara negatif daripada penggunaan telefon bimbit atau sinaran elektromagnet.

Bukan itu sahaja, tahap kesuburan sperma lelaki juga merujuk kepada keupayaan sperma itu untuk bergerak.

Menurut Perunding dan Pakar Kesuburan, Dr Parul Gupta Khanna, sekiranya kesuburan sperma lemah, maka sperma tidak berenang dengan betul dan membawa kepada ketidaksuburan.

Menerusi kajian dalam Asian Journal if Pharmaceutical and Clinical Research, prevalens ketidaksuburan dalam populasi umum adalah 15% hingga 20%.

Tahap kesuburan lelaki menyumbang kepada 20%-40% daripada kadar tersebut seperti di India yang mempunyai populasi ramai di mana 23% lelaki tidak mempunyai sperma yang baik.

Wajib ketahui punca ketidaksuburan lelaki tinggi dan cara merawat

Ia telah menjadi satu kewajipan pada ketika ini bagi mengetahui punca di sebalik kadar ketidaksuburan lelaki yang tinggi dan kemudian cara merawat punca utama itu.

Sinaran radiasi yang dihasilkan oleh telefon bimbit, komputer riba, komputer, ketuhar gelombang mikro (microwave), televisyen, WiFi, menara telefon dan radar sebenarnya boleh menjejaskan kiraan sperma, morfologi, motilitas serta menyebabkan berlakunya kerosakan pada DNA, hormon dan enzim antioksida di dalam badan.

Tengok telefon semasa kenderaan sedang bergerak boleh menyebabkan berlaku radiasi

Penggunaan telefon bimbit ketika kenderaan bergerak seperti melihat peta perjalan (Waze, Google Maps) juga boleh menyebabkan berlakunya kesan radiasi yang ketara kerana telefon bimbit mahu mengekalkan isyarat dan data semasa perjalanan.

Foto: Pexels

Malah beberapa pakar antarabangsa turut meluahkan kerisauan mereka berhubung pekara ini bagi mengurangkan kesannya.

Ada masa rehat optimum dan tidur yang cukup dapat bantu kesihatan sperma

Mempunyai masa rehat yang optimum merupakan satu perkara yang penting khususnya untuk mengekalkan kesihatan sperma seperti tidur selama tujuh ke lapan jam semalaman merupakan waktu yang terbaik dalam memberi kesihatan sperma seorang lelaki.

Malah ia juga satu idea yang yang baik untuk mencuba dan tidur pada masa yang sama setiap malam kerana perubahan masa yang kerap boleh menjejaskan kitaran tidur badan (body clock) serta menyebabkan masalah matabolik.

Lebih kepada memahami dan menghadkan penggunaan

Suka untuk diingatkan bahawa perkara ini bukan menghalang atau menghindari sepenuhnya penggunaan peranti selular tetapi lebih kepada memahami dan menghadkan penggunaannya setiap hari bagi mempunyai tubuh badan yang lebih sihat.

Perubahan kecil mampu memberi kesan yang positif kepada seseroang serta memiliki kesuburan sperma yang lebih baik, sebagai contoh anda tahu dimanakan tempat yang lebih sesuai untuk menyimpan telefon bimbit anda.

Tabiat menyimpan telefon bimbit di dalam beg sebenarnya dapat membantu dalam menyekat anda kepada pendedahan sinaran telefon bimbit.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.