fbpx
Now Reading
‘Hilang Macho!’ – Netizen Pelik Lihat Gaya Rambut Singa
Singa rambut pelik

‘Hilang Macho!’ – Netizen Pelik Lihat Gaya Rambut Singa

Gaya rambut singa yang pelik itu sebenarnya adalah disebabkan berlakunya perubahan cuaca di Ghuangzhou.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, seekor singa di Zoo Ghuangzhou, China, menjadi topik bualan ramai apabila tular gambar haiwan pemangsa tersebut dengan gaya rambut yang pelik seperti potongan yang selalu digayakan oleh manusia.

Perkongsian gambar tersebut telah dikongsikan oleh seorang pelawat Zoo pada 28 Mei yang lalu menerusi halaman Little Red Book (Xiaohongshu) , lapor Mothership.

Singa ada fringe di atas dahi

Foto: Little Red Book

Menerusi gambar tersebut kelihatan dengan jelas singa itu seperti mempunyai rambut hadapan atau dipanggil fringe di atas dahinya.

Malah melihat rambut singa itu mengingatkan kita kepada zaman kanak-kanak di mana ibu bapa selalu memotong rambut gaya seperti cendawan.

Warganet kritik kerana personaliti singa tidak dapat dikekalkan

Gaya rambut pelik itu turut membuatkan warganet memberi kritikan apabila ada yang mengatakan ia tidak memberi apa-apa kebaikan kepada haiwan tersebut kerana ia tidak mengekalkan ciri identiti singa sebagai haiwan yang gagah.

Menurut seorang pengguna, dia mendakwa rambut singa berkenaan tidak seperti itu ketika dia melawat ke zoo berkenaan pada seminggu yang lalu.

Malah pengguna yang menyiarkan gambar berkenaan turut membuat spekulasi dengan mengatakan mungkin penjaga zoo yang mengubah gaya rambut pelik haiwan berkenaan.

Zoo tampil beri penjelasan

Foto: Little Red Book

Bagi menjawab isu tersebut, seorang pekerja zoo tampil menjelaskan bahawa penjaga zoo tidak pernah berani memotong rambut singa berkenaan.

Sebaliknya gayaan rambut itu terjadi dek kerana kelembapan cuaca di Guangzhou.

Beliau turut menjelaskan singa turut merapikan bulu-bulunya sama seperti apa yang dilakukan oleh kucing dengan menjilat dan mengais bulunya.

Jelasnya lagi, perubahan cuaca itu mungkin menyebabkan singa mengalami perubahan kecil dari masa ke semasa.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.