fbpx
Now Reading
“Kalau Tak Boleh Datang Call Atau WhatsApp..” – Wanita Sedih ‘Open House’ Tak Ramai Yang Datang.
Open House tetamu tak datang

“Kalau Tak Boleh Datang Call Atau WhatsApp..” – Wanita Sedih ‘Open House’ Tak Ramai Yang Datang.

Majlis sepatutnya bermula pukul 1 tengah hari, namun sehingga pukul 7 malam masih tiada tetamu yang hadir.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Orang yang dinanti tak kunjung tiba. Begitulah situasi yang dihadapi oleh keluarga ini apabila majlis rumah terbuka Hari Raya yang dianjurkan mereka pada Ahad lepas (29 Mei) sepi tanpa kehadiran tetamu.

Menurut Nur Syiratul Jihan, 22, melihat situasi itu membuatkan dirinya sedih kerana keluarganya sudah menyediakan pelbagai juadah sempena majlis berkenaan.

“Majlis sepatutnya bermula pukul 1 tengah hari, namun sehingga pukul 7 malam masih tiada tetamu yang datang. Jemputan daripada belah ayah.

“Sempena majlis itu, ada yang mak masak dan ada juga yang ditempah. Mak masak nasi dengan lauk kari. Selain itu, mak ada tempah mi rebus, roti jala serta kuih-muih.

“Saya balik kerja pukul 6 petang, saya ingat majlis dah selesai, tapi saya tengok makanan tak terusik. Saya tanya mak, majlis tak mula ke? Mak kata tetamu tak sampai lagi,” katanya kepada mStar.

Mesra disapa Syiratul, dia yang terkilan dengan kejadian itu telah memuat naik video rakaman sekitar majlis tersebut ke akaun TikTok miliknya.

Kurang 24 jam, raih 300k tontonan di TikTok

Kurang daripada 24 jam, video tersebut telah tular dan meraih 300,000 tontonan dan menerima pelbagai reaksi komen netizen.

@prncessyirat

Datang ke tak pun tak tahu la berapa jam dah tunggu, i mati mati igt dorg dah balik 🙁

♬ original sound – PandaGuy – PandaGuy

“Dalam pukul 7 saya ‘post’ video di TikTok. Sebab sebelum ni pernah tengok orang lain alami, tak sangka kali ini kami yang kena.

“Saya terkejut video tu viral. Dalam 10 minit dah lebih 10,000 tontonan. Saya buat video sebab kesian mereka menunggu lama.

“Mak dah bersiap, akhir sekali mak saya terbaring menunggu di sofa. Kalau dijemput, eloklah datang. Kalau tak boleh datang, boleh ‘call’ atau Whatsapp.

“Jadi tak adalah tuan rumah tertunggu-tunggu. Kita pun dah berusaha nak hidangkan makanan untuk tetamu,” ujarnya lagi pada mStar.

Menurut Syiratul yang menetap di Subang Bestari, Shah Alam, beberapa individu akhirnya datang pada sebelah malam, namun banyak makanan tidak disentuh sehingga ada yang perlu dibuang.

Tak sampai 10 orang yang datang

“Ada yang kita hubungi ‘last minute’, mereka datang. Kami sedia makanan untuk 30 orang, tapi yang datang tak sampai 10 orang. Ada pakcik, makcik, kawan saya dan kawan adik saya datang belah malam.

“Kuih dan roti jala Alhamdulilah habis. Mi rebus memang buang. Tak tahulah macam mana tahun depan. Tapi tahun-tahun sebelum ni memang kami selalu buat rumah terbuka raya,” ujarnya.

Melihat di ruangan komen, beberapa netizen turut menceritakan pengalaman yang sama dihadapi mereka sebelum ini dan tidak kurang juga yang bergurau untuk datang ke majlis itu sebagai tanda keprihatinan mereka.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.