Satu kes yang jarang terjadi dalam perubatan apabila mereka menemukan janin di dalam perut bayi yang baru sahaja berusia 40 hari di India dan perkara itu membuatkan orang ramai terkejut.
Bayi tersebut pada mulanya dihantar ke Pusat Perubatan Rahmania di Motihari, Bihar bagi mendapatkan rawatan selepas mengalami masalah kembung perut dan bayi tidak dapat membuang air kecil dengan baik, lapor India Today.
Menerusi laporan NDTV pula, Dr Tabrez Aziz dari Pusat Perubatan Rahmania satu ujian imbasan tomografi (CT) telah dilakukan ke atas bayi tersebut.
Ada janin dalam perut bayi lelaki
Hasil keputusan imbasan tersebut telah mengejutkan semua pihak apabila doktor memberitahu bahawa bayi lelaki tersebut mempunyai janin di dalam perut yang telah berkembang sejak dia berada di dalam rahim ibunya.
Menurutnya di dalam perubatan ia dipanggil ‘Fetus dalam Fetus’ atau kehadiran janin dalam perut bayi dan turut memaklumkan ia merupakan kes yang jarang berlaku dan ia merupakan satu dalam 500,000 kes.
Selamat dibedah, kini stabil
Walau bagaimanapun, bayi tersebut telah selamat dibedah untuk mengeluarkan janin yang berada di dalam perutnya dan kini berada dalam keadaan stabil.
Dia juga telah dibenarkan keluar dari hospital.