fbpx
Now Reading
Vladimir Putin Didakwa Bakal Hilang Penglihatan, Hanya Ada 3 Tahun Untuk Hidup
Putin

Vladimir Putin Didakwa Bakal Hilang Penglihatan, Hanya Ada 3 Tahun Untuk Hidup

Menurut laporan tersebut, maklumat mengenai penyakit yang dialami Putin itu diperoleh melalui mesej rahsia daripada perisik Rusia kepada seorang pembelot FSB.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Presiden Rusia, Vladimir Putin dilaporkan telah menerima amaran dari pasukan doktor peribadinya bahawa beliau hanya mempunyai masa tiga tahun untuk hidup.

Menurut laporan Mirror yang memetik sumber dari Perkhidmatan Keselamatan Kebangsaan (FSB), Putin ketika ini menderita penyakit kanser yang sedang berkembang dengan cepat.

“Beliau juga mula hilang upaya penglihatan apabila memerlukan teks ucapan ditulis dalam saiz lebih besar ketika muncul untuk berucap di kaca televisyen.

“Alasan yang diberikan adalah Putin mengalami sakit kepala, namun semua tahu bahawa penglihatan beliau semakin terhad selain anggota badannya yang menggeletar,” kata sumber risikan tersebut.

Maklumat diperolehi melalui mesej rahsia

Difahamkan info mengenai penyakit yang dialami Putin itu diperoleh melalui mesej rahsia yang dihantar perisik Rusia kepada pembelot FSB, Boris Karpichkov yang kini bersembunyi di Britain.

Laporan dari sumber Kremlin pada minggu lalu mendakwa bahawa Putin telah berjaya menjalani pembedahan membuang sel kanser 14 hari yang lalu.

Bekas pegawai agensi risikan, MI6 Britain, Christopher Steele berkata, Putin tidak boleh mengadakan mesyuarat yang panjang tanpa rehat untuk rawatannya.

Menafikan khabar angin

Kremlin yang tidak mengulas dakwaan terbaharu mengenai tahap kesihatan Putin itu bagaimanapun menafikan bahawa beliau berdepan sebarang masalah kesihatan.

Bahkan Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov juga menepis dakwaan yang mengatakan Putin telah jatuh sakit apatah lagi menunjukkan tanda mempunyai sebarang penyakit.

Kehidupan dan kesihatan peribadi Putin adalah subjek tabu dan hampir tidak pernah dibahaskan secara terbuka.

Menjawab soalan daripada agensi penyiaran Perancis TF1, Lavrov berkata, “Saya tidak fikir orang yang waras dapat melihat pada orang ini (Putin) tanda-tanda sejenis penyakit.”

Beliau berkata, Putin yang menghampiri usia 70 tahun pada Oktober ini, muncul di khalayak ramai setiap hari.

“Anda boleh menyaksikan beliau di skrin, baca dan dengar ucapannya,” ujar Lavrov.

Putin, yang telah berkuasa di Rusia selama lebih dua dekad, menghantar tentera ke Ukraine pada 24 Februari, yang telah mengejutkan dunia.

Serangan Moscow telah membunuh ribuan orang, mencetuskan krisis pelarian terbesar di Eropah sejak perang dunia kedua dan membawa kepada sekatan barat yang tidak pernah berlaku sebelum ini terhadap Moscow.

Baca artikel berkaitan:

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.