fbpx
Now Reading
Isu Disihir, Ustaz Kazim Dedah Sudah 6 Individu Tampil Mohon Maaf [Video]

Isu Disihir, Ustaz Kazim Dedah Sudah 6 Individu Tampil Mohon Maaf [Video]

Beliau dalam masa sama turut memaklumkan perbuatan sihir benar-benar wujud dan ia juga ada dijelaskan di dalam al-Quran serta Hadis.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini nama penceramah terkenal, Datuk Mohd. Kazim Elias hangat diperkatakan di media sosial selepas beliau membuat beberapa pendedahan yang dirinya telah mengalami penyakit misteri sejak bertahun lalu.

Mengakui sudah mencuba pelbagai kaedah rawatan, baik secara moden mahupun tradisional, Ustaz Kazim dalam masa sama turut berkongsi yang dia sudah hampir beberapa bulan sukar untuk melelapkan mata.

Baca artikel berkaitan :“Saya Tak Boleh Sembunyi Lagi” – Ustaz Kazim Elias Sahkan Diri Hadapi Penyakit Misteri

Tidak lama kemudiannya, Ustaz Kazim membuat satu lagi pendedahan memaklumkan bahawa seorang invididu telah tampil bertemunya untuk memohon maaf di saat beliau sedang sakit.

Individu itu mengaku menjadi orang suruhan kepada pihak yang menyihirnyas sehingga beliau menghidap masalah kesihatan dan malu berhadapan dengan orang ramai.

Sudah 6 orang minta maaf kerana sihir Ustaz Kazim

Terbaharu, tidak sampai beberapa minggu, Ustaz Kazim sekali lagi menjadi perhatian orang ramai apabila beliau memaklumkan sudah enam individu yang tampil bersemuka dan memohon maaf kerana menyihir dirinya.

Beliau yang tampil menerusi satu temu bual di Facebook Kosmo berkata, dua daripada mereka adalah pasangan suami isteri.

Jelas pendakwah bebas itu lagi, antara punca segelintir dari mereka sanggup melakukan perkara tersebut adalah kerana rasa tidak puas hati selain perasaan hasad dengki terhadap dirinya.

“Banyak sebab dan yang saya boleh cerita dia marah sebab saya ceramah ada kata tentang dia dan dia malu.

“Yang kedua datang minta maaf sebab dia marah saya dapat macam-macam dan ada juga sebab perasaan, kalau dia tak boleh dapat saya, orang lain pun tak boleh dapat saya,” jelasnya.

Beliau menerusi temu bual sama turut menjawab persoalan beberapa individu yang mempersoalkan tindakannya berkongsi mengenai keadaan dirinya yang menjadi mangsa sihir sehingga ada yang sanggup menggelarkan semua itu hanyalah karut.

Jelas beliau, perbuatan sihir adalah benar dan juga ada dijelaskan di dalam al-Quran serta hadis.

“Siapa yang tidak mempercayai ilmu sihir, maknanya dia menolak al-Quran, dosa besar dan jatuh murtad,” kata beliau lagi.

Tonton video temu bual beliau di bawah :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.