Tular Maki Anak Dalam Bas, Wanita Ini Rupanya Tertekan Dihalau Ibu Mentua & Suami Masuk Lokap

Baru-baru ini, tular di media sosial satu perkongsian seorang pengguna TikTok, @amethystnb_ mengenai perbuatan seorang wanita yang memaki hamun dan memukul anak-anaknya di dalam sebuah bas ekpres.

Menerusi tiga video tersebut, dapat didengari dengan jelas suara wanita berkenaan yang memarahi dan memukul anak-anaknya sebelum dia akhirnya ditegur dengan tegas oleh seorang penumpang yang rupanya merupakan anggota polis.

@amethystnb_

to all marriage couple out there, jangan buat anak if tak ready mental & physical ya. sedih dengar 🥲 anak anak tk berdosa ya

♬ Happier Than Ever – Billie Eilish
@amethystnb_

seram ye 🥲🙏🏻 i doakan anak dia tak trauma and membesar dengan baik.

♬ original sound – Qissy

Perkongsian tersebut menyebabkan wanita berkenaan dikecam hebat kerana begitu kasar dan tidak sabar dalam menguruskan dua anaknya yang masih kecil.

Rupanya ada kisah disebaliknya

Namun siapa sangka, di sebalik kejadian tersebut rupanya ada ujian berat yang sedang melanda si ibu ini.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, seorang wanita yang dikenali sebagai Shira Ira tampil berkongsi kepada orang ramai kenapa wanita berkenaan berbuat demikian.

Menurut Shira, wanita ini sebenarnya dalam keadaan yang sangat tertekan. Perkara itu pun diketahuinya secara kebetulan selepas tergerak hati untuk membantu mereka sewaktu bertemu di Temerloh, Pahang.

Suami ada kes dadah dan kini di lokap

Dia difahamkan telah dihalau oleh ibu mentuanya selepas suaminya dimasukkan ke dalam lokap atas satu kesalahan membabitkan dadah. Ibu mentuanya juga tidak menyukai kedua-dua anaknya itu kerana mereka merupakan anak hasil perkahwinannya dengan suami terdahulu.

Tambah Shira lagi, dia dan ibunya berjumpa wanita berkenaan sebelum insiden tersebut tular di media sosial.

Malu dapat tahu kisahnya viral

Menyedari kisahnya sudah tular, wanita itu kemudiannya meluahkan rasa malunya dan mengakui begitu sayangkan anak-anaknya. Dia bagaimanapun tidak menyedari perbuatannya dek kerana terlalu tertekan dengan apa yang terjadi.

Tambah Shira lagi, wanita itu bagaimanapun sudah berada di Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan di sana demi membesarkan anak-anaknya.

Dia dalam masa sama turut meminta orang ramai agar menghentikan kecaman kepada wanita itu sebaliknya mendoakan kesejahteraannya.

Baru-baru ini, tular di media sosial satu perkongsian seorang pengguna TikTok, @amethystnb_ mengenai perbuatan seorang wanita yang memaki hamun dan memukul anak-anaknya di dalam sebuah bas ekpres.

Menerusi tiga video tersebut, dapat didengari dengan jelas suara wanita berkenaan yang memarahi dan memukul anak-anaknya sebelum dia akhirnya ditegur dengan tegas oleh seorang penumpang yang rupanya merupakan anggota polis.

Perkongsian tersebut menyebabkan wanita berkenaan dikecam hebat kerana begitu kasar dan tidak sabar dalam menguruskan dua anaknya yang masih kecil.

Rupanya ada kisah disebaliknya

Namun siapa sangka, di sebalik kejadian tersebut rupanya ada ujian berat yang sedang melanda si ibu ini.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, seorang wanita yang dikenali sebagai Shira Ira tampil berkongsi kepada orang ramai kenapa wanita berkenaan berbuat demikian.

Menurut Shira, wanita ini sebenarnya dalam keadaan yang sangat tertekan. Perkara itu pun diketahuinya secara kebetulan selepas tergerak hati untuk membantu mereka sewaktu bertemu di Temerloh, Pahang.

Suami ada kes dadah dan kini di lokap

Dia difahamkan telah dihalau oleh ibu mentuanya selepas suaminya dimasukkan ke dalam lokap atas satu kesalahan membabitkan dadah. Ibu mentuanya juga tidak menyukai kedua-dua anaknya itu kerana mereka merupakan anak hasil perkahwinannya dengan suami terdahulu.

Tambah Shira lagi, dia dan ibunya berjumpa wanita berkenaan sebelum insiden tersebut tular di media sosial.

Malu dapat tahu kisahnya viral

Menyedari kisahnya sudah tular, wanita itu kemudiannya meluahkan rasa malunya dan mengakui begitu sayangkan anak-anaknya. Dia bagaimanapun tidak menyedari perbuatannya dek kerana terlalu tertekan dengan apa yang terjadi.

Tambah Shira lagi, wanita itu bagaimanapun sudah berada di Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan di sana demi membesarkan anak-anaknya.

Dia dalam masa sama turut meminta orang ramai agar menghentikan kecaman kepada wanita itu sebaliknya mendoakan kesejahteraannya.

Recent Posts

  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

9 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

16 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago