“Dia Kata Padan Muka Ibu Dah Meninggal” – Anak Shuib Menangis Diejek Kawan Sekolah [Video]

Pemergian penyanyi terkenal, Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin yang meninggal dunia 9 Ogos 2021 lalu semestinya memberikan kesan yang mendalam terhadap suami, Shuib Sepahtu dan semua anak-anaknya.

Buat keempat-empat anak kecil itu, pemergian arwah Siti Sarah juga pastinya meninggalkan satu rasa kehilangan yang teramat besar kerana arwah ibu mereka tidak dapat dicari ganti.

Dekta menangis kena ejek rakan sekolah

Terbaharu, mak tiri arwah, Siti Fatimah Suberi telah berkongsi satu video memperlihatkan anak perempuan Shuib, Dekta sedang menangis di dalam dakapannya.

Menerusi video tersebut, Dekta anak nama sebenarnya Dzahira Talita Zahra menangis teresak-esak sambil mengadu yang dia telah diejek oleh seorang kawan sekolahnya hanya kerana tidak lagi mempunyai ibu.

“Dia kata padan muka ibu dia dah meninggal,” adu Dekta kepada neneknya itu sambil menangis teresak-esak.

Menerusi ruangan kapsyen, Siti Fatimah menjelaskan video itu dirakam ketika anak-anak Shuib itu berkunjung ke pejabatnya sebaik pulang dari sekolah.

“Balik dari sekolah hari ni anak-anak ke pejabat. Masa tengah nak ambil makanan , Talita mengadu ada rakan sekelas suka ejek kat dia.. Allah,” tulisnya ringkas.

Kata-kata yang begitu sensitif


Perkongsian itu ternyata menarik perhatian ramai netizen yang turut merasa sebak.

Ada yang berpendapat isu ini adalah sensitif dan boleh melukakan hati kanak-kanak tersebut yang pastinya masih lagi berduka selepas kehilangan ibu tercinta.

Ramai yang turut mencadangkan agar isu ini diketengahkan kepada guru di sekolahnya agar kejadian sama tidak berulang.

Malah ramai menasihatkan para ibu bapa untuk mengajar anak mereka kerana tidak mustahil ada di kalangan kanak-kanak yang tidak tahu apakah perasan apabila kehilangan seseorang.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Bukan Paku, Rupanya Serpihan Besi Skrap Jadi Punca Puluhan Kereta Rosak Di Lebuhraya Karak

Menurut KPD Bentong, pihaknya telah menerima dua laporan berhubung kejadian itu yang masing-masing dari pengguna…

1 hour ago
  • Trending

“Tak Pelah Wangi Bilik Nek” – Reaksi Santai Nenek Lihat Cucu Main Bedak Jadi Perhatian [Video]

Wanita yang menggelarkan dirinya nenek itu langsung tidak menunjukkan kemarahan kepada Danish malah, dia turut…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Remaja Tular Bakar Anak Kucing Hidup-hidup Sudah Ditahan Polis

Sebelum ini, rakaman CCTV kejadian di Flat Kenari, Kajang itu tular di media sosial hingga…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Enggan Pergi Kelas Mengaji, Remaja Reka Cerita Dirinya Diculik

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, hasil soal siasat dan rakaman percakapan mangsa, saksi dan…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Akhyar Rashid Cedera Dipercayai Disamun Di Kuala Terengganu [Video]

Pemain Terengganu FC (TFC) itu juga didakwa kehilangan telefon bimbit dan dompetnya kerana dilarikan oleh…

4 hours ago
  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

19 hours ago