fbpx
Now Reading
Hasrat Terakhir, Minta Dinyanyikan Lagu Justin Bieber Sebelum Dikebumikan [Video]

Hasrat Terakhir, Minta Dinyanyikan Lagu Justin Bieber Sebelum Dikebumikan [Video]

Lagu tersebut merupakan permintaan si mati sebelum dia meninggal dunia.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kebiasannya, proses membawa jenazah ke tempat pengebumian akan diiringi dengan doa atau lagu yang sesuai mengikut agama masing-masing.

Namun proses mengiringi satu jenazah di Indonesia ini agak berbeza kerana ia turut diiringi dengan lagu dendangan artis antarabangsa terkenal, Justin Bieber.

Mula dimuat naik di laman TikTok @madesurata0, video berdurasi 23 saat itu ternyata mencuri perhatian para netizen hingga mendapat 3.6 juta jumlah tontonan serta 306,000 tanda suka.

@madesurata0

#fyp jaman milinial.tumben ad permintaan seperti ini😭😭

♬ suara asli – Made Surata585 – Made Surata585

Menerusi rakaman tersebut, dapat dilihat ahli keluarga dan kenalan si mati sedang menyanyikan lagu “Ghost” yang baru sahaja dilancarkan pada tahun lalu.

Berdasarkan maklumat daripada video, ia merupakan permintaan si mati sebelum dia meninggal dunia.

Bagi menghormati hasrat terakhirnya itu, keluarga terdekat dan jiran tetangga si mati kemudian menunaikan permintaannya.

Dapat pelbagai reaksi netizen

Menerjah di ruangan komen, pelbagai reaksi yang telah diberikan oleh netizen terhadap video tersebut.

Ada yang merasakan ianya agak pelik serta berbeza dari kebiasaaan, dan ada juga yang merasakan mereka mungkin hanya mahu menunaikan permintaan terakhir si mati.

Malah ada segelintir yang turut merasakan ini tidaklah sepelik mana kerana ada budaya yang turut mengamalkan perkara sebegini terutamanya di negara-negara Eropah.

Ada juga yang turut menyeru Bieber dengan melakukan ‘tag’ pada namanya agar menonton video tersebut.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.