fbpx
Now Reading
“Saya Mahu Rasa Bebas” – Wanita Lahirkan Anak Dalam Laut, Tanpa Sebarang Bantuan Perubatan

“Saya Mahu Rasa Bebas” – Wanita Lahirkan Anak Dalam Laut, Tanpa Sebarang Bantuan Perubatan

Dia memilih untuk melahirkan anak sendiri tanpa kehadiran doktor ataupun bidan kerana merasakan perkara itu hanya akan menyebabkan dia terganggu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang wanita di Nicaragua mencuri perhatian pengguna media sosial apabila video dia berjaya melahirkan bayi di dalam Lautan Pasifik tular sejak beberapa hari lalu.

Lebih mencuri tumpuan apabila Josy Peukert, 37, selamat melahirkan bayi seberat 3.5 kilogram itu di pesisir pantai Playa Majagual, Nicaragua tanpa memerlukan sebarang bantuan perubatan sebaliknya hanya ditemani suaminya, Benni Corneliu yang merakam video berkenaan.

Menurut laporan New York Post, Josy sebenarnya sudah memuat naik video tersebut di laman Instagram miliknya sekitar Februari lalu bahkan bayinya itu kini sudah berusia 13 minggu.

Video tersebut bagaimanapun mula tular dan sohor di platform media sosial sejak penghujung Mei.

Menerusi video tersebut, dia dilihat duduk di pesisir pantai sambil ombak laut menghempas belakang badannya di saat dia mahu melahirkan anaknya itu yang diberi nama Bodhi Amor Ocean Cornelius.

Tidak lama kemudiannya klip berkenaan bertukar dengan dia sudah pun memegang bayinya itu di dalam dakapannya.

“Deruan ombak pada waktu itu menghasilkan irama yang sama seperti kontraksi, keadaan yang tenang itu lancar itu membuatkan saya berasa sangat baik.

“Idea ini muncul dalam kepala saya secara tiba-tiba, saya nekad mahu bersalin di lautan. Keadaan juga kena pada masanya, jadi itulah yang saya lakukan,” kata Josy dipetik dari Mirror.

Pilih untuk lahirkan anak sendiri tanpa doktor atau bidan kerana tidak mahu terganggu

Tambah wanita itu lagi, dia memilih untuk melahirkan anak sendiri tanpa kehadiran doktor ataupun bidan kerana merasakan perkara itu hanya akan menyebabkan wanita sepertinya terganggu selain menjadi tidak yakin dengan dirinya sendiri.

“Saya mahu berasa bebas tanpa sebarang kerisauan buat kali ini. 

“Kelahiran anak pertama sangat trauma di klinik dan kelahiran kedua semasa di rumah dan yang ketiga ditemani bidan. 

“Kali ini, saya tidak membuat sebarang janji temu dengan doktor mahupun sebarang campur tangan luar,” kata ibu kepada empat anak itu lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.