fbpx

“Sering Berhajat Nak Meninggal Di Mekah” – Jemaah Umrah Dijemput Ajal Sebaik Tiba Di KLIA

Menurut Ketua Polis Daerah KLIA Asisten Komisioner Imran Abdul Rahman, pemergian arwah dipercayai akibat komplikasi darah tinggi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap yang hidup pasti akan merasa kematian, cuma cara dan waktunya sahaja yang tidak diketahui.

Namun sebagai seorang yang beragama islam, pasti anda mengharapkan kematian husnul khatimah, di mana pengakhiran dan pemergian anda dalam keadaan baik dan dimuliakan Allah.

Terbaharu pada Jumaat, seorang jemaah umrah wanita yang baru sahaja pulang dari Tanah Suci Mekah dilaporkan menghembuskan nafas terakhir sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menurut laporan mutawif jemaah berkenaan, mangsa, 53 tahun difahamkan rebah dan pengsan sejurus keluar daripada pintu pesawat. Allahyarhamah kemudiannya dibantu oleh kru kapal dan pasukan perubatan namun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Masih bersatus ‘tetamu Allah’

Turut dikongsikan Pencetus Ummah (PU Amin) di Instagram, beliau memaklumkan Allahyarhamah Norasiah Binti Alwi meninggal dunia di saat dirinya masih bergelar tetamu Allah memandangkan Allahyarhamah belum lagi menjejakkan kaki di rumahnya.

“Jemaah umrah rebah lalu meninggal dunia tatkala pulang mendarat di KLIA setelah selesai melaksanakan ibadah umrah. Moga Allah memuliakan Almarhumah Norasiah bt Alwi. Husnul khatimah. Pemergian yang dicemburui. Salam takziah buat seluruh keluarga. Selagi belum sampai ke rumah, Al Marhumah masih berstatus tetamu Allah.

Pencetus Ummah (PU) Amin.

Meninggal dunia akibat komplikasi darah tinggi

Menurut laporan Utusan pemergian arwah dipercayai akibat komplikasi darah tinggi dan tiada kesan mencurigakan.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Imran Abdul Rahman berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian itu pada jam 1.10 tengah hari, Jumaat (3 Jun).

“Pihak polis menerima panggilan memaklumkan tentang satu kematian di aerobridge Gate C12 untuk pesawat MH8021 dan pemeriksaan fizikal ke atas si mati tidak menemui sebarang kesan mencurigakan.

“Berdasarkan hasil siasatan yang dilakukan, mangsa dikesan ada menghidap sakit darah tinggi,” katanya kepada Utusan.

Sering sebut nak meninggal di Mekah

Dalam pada itu, pendakwah bebas dan sukarelawan pengurus jenazah wanita, Mashitoh Najib yang diberi kepercayaan untuk menguruskan jenazah turut berkongsi bahawa arwah sering berhajat untuk meninggal dunia di Tanah Suci Mekah.

“Antara kematian yang dicemburui. Moga Barokah. Kebaikan yang ada pada jenazah ini, sedikit sebanyak terpalit buat kami insan lemah yang bantu urus jenazah beliau.

“Waktu sampai forensik, berbual-bual dengan anak Almarhumah, anaknya cerita, Almarhumah sering sebut nak meninggal di bumi Mekah. ‘Cemburu tengok orang meninggal di sana. Nak Allah pilih (jadi) satu dari mereka’.

“Namun Allah pilih beliau rebah meninggal di lapangkan terbang sewaktu pulang dari Umrah. Masyaallah. Jumaat Barokah,” tulis beliau di Facebook.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.