fbpx
Now Reading
Isu Festival Bon Odori, Ahli Majlis MBSA Selar Kenyataan Menteri Agama

Isu Festival Bon Odori, Ahli Majlis MBSA Selar Kenyataan Menteri Agama

Mengulas lanjut, Shakir berkata ini adalah sebab mengapa PAS tidak harus diberi peluang untuk terus mentabdir negara lagi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini kami ada melaporkan mengenai kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad yang menyarankan umat Islam di Malaysia agar tidak menyertai festival Bon Odori yang akan berlangsung di Kompleks Sukan Negara Shah Alam pada 16 Julai ini.

Beliau yang juga Naib Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) berkata, kajian yang dilakukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mendapati bahawa program itu mempunyai unsur-unsur keagamaan lain.

Baca artikel berkaitan : Umat Islam Tidak Digalakkan Sertai Festival Bon Odori, Kata Menteri Agama

Kenyataan tersebut bagaimanapun mendapat pelbagai respon dari masyarakat di mana ada yang bersetuju serta berterima kasih dengan peringatan yang diberikan dan ada juga yang merasakan ianya hanyalah satu isu kecil memandangkan ia merupakan satu perayaan kebudayaan bagi menghormati budaya dan agama orang lain.

Isu kemudiannya turut mendapat perhatian Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Muhammad Shakir Ameer Mohideen yang dilihat tidak senang dengan saranan yang diberikan oleh Idris.

Foto : FB Idris Ahmad

Seolah-olah kurang pemahaman tentang kepelbagaian budaya

Shakir yang tampil menerusi satu perkongsian di Facebook berpendapat, nasihat yang diberikan Ahli Dewan Negara itu memperlihatkan betapa kurangnya pemahaman beliau dan kepimpinan PAS tentang kepelbagaian budaya di Malaysia.

Jelasnya, sudah 40 tahun Dasar Pandang Ke Timur diperkenalkan hingga menyaksikan hubungan Malaysia dengan Jepun begitu positif. Ia boleh dilihat dengan kewujudan banyak kilang-kilang Jepun dan kehadiran sejumlah besar ekspatriat mereka di negara kita.

Keadaan ini menurutnya telah memberi manfaat yang besar kepada rakyat Malaysia baik dari segi ekonomi hinggalah ilmu pengetahuan.

“Bon Odori telah disambut lebih 30 tahun di Malaysia. Sepanjang tempoh ini, ia telah dikomersialkan dan diraikan melalui pusat komersial atau komuniti untuk memenuhi keperluan oleh orang bukan warga negara Jepun juga. (Sebagai contoh) di Malaysia kita mempunyai ramai peminat Manga dan anime.

“Sudah menjadi lumrah untuk mereka meraikan perayaan kebudayaan melalui kelab atau persatuan komuniti.

“Hubungan diplomatik yang kukuh bukan sahaja akan mewujudkan perkongsian pengetahuan dalam teknologi tetapi juga akan menggalakkan pertukaran budaya untuk kedua-dua negara.

“Namun kenyataan (Menteri Agama) ini akan merosakkan ikatan sosial negara dengan membuat penilaian dan mengharamkan setiap perayaan budaya secara sesuka hati. Apa yang mereka lakukan sekarang hanyalah permulaan,” kata Shakir yang juga Naib Ketua Pemuda DAP.

Foto : FB Shakir Ameer

“Ini antara sebab kenapa PAS tidak patut mentadbir negara..”

Mengulas lanjut, Shakir berkata ini adalah sebab mengapa PAS tidak harus diberi peluang untuk terus mentabdir negara lagi.

“Inilah sebabnya parti seperti PAS tidak harus diberi peluang untuk mentadbir negara lagi. Ia sesuatu yang PAS tidak faham. Mereka utakaman (sikap) menilai orang lain tanpa melihat gambaran yang lebih besar dalam pembangunan negara.

“Tidak pernah ada pengaruh atau ritual agama bukan Islam yang boleh mempengaruhi umat Islam hingga mereka tersasar dari akidah Islam.

“Dari pemahaman saya, tarikan utamanya ialah unsur muzik seperti tarian dan gendang. Mengapa ia perlu menjadi isu pada hari ini?” soalnya lagi.

Dia dalam masa sama turut menegaskan bahawa umat Islam seharusnya diberi peluang untuk menilai kepelbagaian perayaan budaya di Malaysia.

“Kita tidak boleh membenarkan pendapat-pendapat daripada pemimpin PAS menghalang kita dari menerima kepelbagaian budaya,” luah pemuda itu lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.