fbpx
Now Reading
Kenapa Tak Cuba e-Hailing Motosikal Untuk Atasi Masalah Jalan Sesak, Kata Pakar

Kenapa Tak Cuba e-Hailing Motosikal Untuk Atasi Masalah Jalan Sesak, Kata Pakar

Beliau turut mempersoalkan kenapa kerajaan dilihat teragak-agak untuk mempekenalkan perkhidmatan berkenaan walha beberapa negara jiran sudah melaksanakan perkhidmatan tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak negara kita memasuki peralihan ke fasa endemik pada 1 April lalu, aktiviti ekonomi dan sosial kembali seperti rancak seperti era sebelum Covid-19.

Namun keadaan ini menyebabkan lebuh raya dan laluan utama di seluruh negara kembali sesak dengan kehadiran puluhan ribu kenderaan.

Keadaan bagaimanapun semakin memburuk khususnya di Lembah Klang hingga rakyat mula mengeluh dan meminta kerajaan untuk berbuat sesuatu dalam menangani isu berbangkit ini.

Terbaharu, seorang pakar pengangkutan, Rosli Azad Khan mencadangkan agar idea perkhidmatan e-Hailing atau teksi motosikal dikaji semula bagi mengatasi masalah ini.

Ia selamat di Indonesia dan Thailand, kenapa tidak di Malaysia?

Foto : Gojek Indonesia

Menerusi laporan FMT, Rosli Azad turut mempersoalkan kenapa kerajaan dilihat teragak-agak untuk mempekenalkan perkhidmatan berkenaan walhal beberapa negara jiran sudah melaksanakan perkhidmatan tersebut.

“Perkhidmatan e-hailing motosikal tidak dibenarkan di sini disebabkan isu keselamatan. Ia dilakukan dengan selamat di Indonesia dan Thailand tetapi saya tidak tahu mengapa ia tidak diperkenalkan di Malaysia,” katanya.

Penunggang e-hailing boleh disaring dan motosikal boleh dipasang GPS untuk pantauan

Jelas Rosli, penunggang sebenarnya boleh disaring sebelum mereka diambil bekerja oleh perkhidmatan e-hailing.

Bagi isu keselamatan pula, perkhidmatan e-hailing atau teksi motosikal ini mungkin boleh menyediakan perlindungan insurans untuk pembonceng selain menggunakan alat pengesan GPS untuk memantau motosikal yang digunakan.

Ia boleh tarik minat pengguna yang tidak mampu naik teksi atau e-hailing kereta

Manakakala pengasas perkhidmatan e-panggilan Dego Ride, Nabil Feisal Bamadhaj pula berpendapat, perkhidmatan e-hailing motosikal itu sendiri boleh menarik minat pengguna yang tidak mampu untuk menaiki teksi atau e-hailing kereta.

Satu tinjauan tidak rasmi yang dijalankan pasukannya di stesen LRT sebelum ini menunjukkan ramai penumpang memilih masa perjalanan yang lebih pantas dengan kos murah yang disediakan oleh e-hailing motosikal.

Dego Ride yang sudah bertapak di Malaysia pada 2016 turut menawarkan perkhidmatan sama, ia bagaimanapun terpaksa dihentikan selepas kerajaan mengharamkan pengoperasiannya ekoran timbul kebimbangan mengenai keselamatan di jalan raya.

Akhirnya pada tahun 2020, mereka kembali dibenarkan beroperasi dan turut mendapat sokongan bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Namun menurut FMT mereka kini hanya menawarkan perkhidmatan penghantaran menggunakan motosikal.

Ia dilihat senada dengan kenyataan yang dikeluarkan Timbalan Menteri Pengangkutan, Henry Sum Agong di Dewan Rakyat pada November 2021 yang mana kerajaan tiada perancangan untuk memperkenalkan perkhidmatan e-haling motosikal di Malaysia buat masa ini.

Jelas beliau keputusan ini diambil kerana kadar kematian jalan raya yang tinggi dalam kalangan penunggang motosikal.

Baca artikel berkaitan :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.