fbpx
Now Reading
Teruk Dikecam, Lelaki Kahwini Kambing Buat Permohonan Maaf & Akui Ia Sekadar Konten [Video]

Teruk Dikecam, Lelaki Kahwini Kambing Buat Permohonan Maaf & Akui Ia Sekadar Konten [Video]

Saiful mengakui bahawa video tersebut hanyalah lakonan semata-mata dan dihasilkan untuk konten media sosial dengan niat agar ianya tular.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang lelaki di Gresik, Jawa Timur, tular di media sosial kerana didakwa berkahwin dengan seekor kambing betina pada Ahad lepas (5 Jun).

Berdasarkan video yang tular di media sosial, kelihatan di dalam video terbabit sekumpulan penduduk berpakaian mengikut adat Jawa hadir pada majlis perkahwinan tersebut.

Perkahwinan itu dilakukan antara Saiful Arif, 44, dengan seekor kambing yang diberi nama Sri Rahayu bin Bejo.

Dalam video sama, Saiful turut didengari melafazkan ‘akad nikah’ yang menyebut jumlah mas kahwin sebanyak 22,000 rupiah sahaja (RM6.69).

Majlis perkahwinan tersebut turut disaksikan olah pendudukan kampung, penghulu, serta beberapa pemimpin setempat.

Mohon maaf dan akui ia sekadar konten sahaja

Video yang tidak disangka mencetuskan kemarahan orang ramai itu akhirnya memaksa Saiful Arif tampil menjelaskan isu yang sebenar, sekali gus membuat permohonan maaf.

Saiful mengakui bahawa video tersebut hanyalah lakonan semata-mata dan dihasilkan untuk konten media sosial dengan niat agar ianya tular.

Tambah Saiful, penghasilan video tersebut tidak berniat untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak dan hanya sekadar hiburan buat penonton.

Berdasarkan maklumat juga, penghasilan video terbabit adalah untuk menaikkan jumlah tanda suka dan meraih tontonan yang tinggi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.