fbpx
Now Reading
“Itu Hanya Model” – Pemilik Buat Laporan Polis, Nafi Dakwaan Salon Tawar Servis Urut

“Itu Hanya Model” – Pemilik Buat Laporan Polis, Nafi Dakwaan Salon Tawar Servis Urut

Pihak pengurusan turut memberikan amaran kepada orang ramai agar tidak lagi berkongsi foto model-model mereka ke grup Facebook yang lain sehingga menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak beberapa hari lalu, tular di media sosial foto-foto memperlihatkan beberapa wanita berpakaian seksi sedang menggunting dan mencuci rambut pelanggan lelaki di sebuah salon di Puchong, Selangor.

Penularan foto-foto tersebut yang pada mulanya dimuat naik salon itu sendiri di media sosial menyebabkan mereka teruk dikecam kerana ia disifatkan melampau selain tidak sesuai dijadikan tatapan umum.

Meskipun ianya sudah dibuang, foto berkenaan bagaimanapun terus tular selepas dikongsikan pihak lain hingga menjadi sohor di platform media sosial lainnya.

Akhirnya diserbu polis

Insiden tersebut menyebabkan pihak berkuasa akhirnya menyerbu ke premis tersebut pada Selasa, 7 Jun dipercayai untuk melakukan siasatan.

Foto : FB

Pihak pengurusan dakwa ia hanya foto promosi dan nafi tawar servis ‘istimewa’

Sedar perkara berkenaan menjadi perbualan hangat di media sosial, pihak pengurusan salon kemudianya tampil menjelaskan foto-foto tersebut sebenarnya hanyalah untuk tujuan promosi bersempena dengan pelancarannya pada 2 Jun yang lalu.

Mereka turut menafikan dakwaan yang kononnya premis mereka ada menawarkan perkhidmatan ‘istimewa’ seperti mengurut sebaliknya hanyalah satu salon biasa.

“Kami tidak menawarkan servis ‘istimewa”, tulis pengendali laman salon berkenaan di Facebook.

Turut buat laporan polis

Malah menerusi satu lagi hantaran berbeza, mereka turut memaklumkan sudah membuat laporan polis bagi membetulkan tanggapan orang ramai.

Pihak pengurusan turut memberikan amaran kepada orang ramai agar tidak lagi berkongsi foto model-model mereka ke grup Facebook yang lain sehingga menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai.

Difahamkan, pihak salon akan tambil membuat satu siaran langsung pada malam ini (8 Jun) bagi memberikan penjelasan yang lebih jelas tentang apa sebenarnya yang terjadi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.