fbpx
Now Reading
United Kingdom Mulakan Percubaan Kerja 4 Hari Seminggu

United Kingdom Mulakan Percubaan Kerja 4 Hari Seminggu

Percubaan itu adalah berdasarkan model nisbah 100:80:100, dimana para pekerja akan menerima bayaran 100% untuk 80% masa berkerja yang diluangkan mereka.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Lebih 3,300 pekerja di 70 buah syarikat di United Kingdom (UK), mula bekerja selama empat hari seminggu mulai Isnin, 6 Jun tanpa berdepan penolakan gaji.

Menurut laporan the guardian, program percubaan itu merupakan skim perintis terbesar di dunia di saat negara mereka sedang bergelut dengan lebih banyak kekosongan pekerjaan berbanding jumlah pekerja yang sedia ada.

Kempen cara bekerja baharu itu dikendalikan oleh 4 Day Week Global dengan kerjasama badan pemikir Autonomy, ahli akademik dari Universiti Oxford, Universiti Cambridge dan Kolej Boston di Amerika Syarikat (AS).

Percubaan berdasarkan model nisbah 100:80:100

Percubaan itu adalah berdasarkan model nisbah 100:80:100, dimana para pekerja akan menerima bayaran 100% untuk 80% masa berkerja yang diluangkan mereka.

Namun ianya masih bergantung sama ada mereka mampu mengekalkan 100% produktiviti mereka dalam tempoh 4 hari bekerja tersebut.

Joe O’Connor, Ketua Eksekutif Kumpulan 4 Day Week Global berkata, UK berada di puncak gelombang kerja empat hari seminggu.

“Apabila kita keluar daripada wabak itu, semakin banyak syarikat menyedari bahawa sempadan baharu untuk persaingan ialah kualiti hidup, dan kerja yang dikurangkan, berfokuskan ‘output’ yang dapat memberi mereka kelebihan daya saing,” ujarnya.

Pelbagai jenis syarikat di UK turut menyertai

Pelbagai syarikat yang terdiri dari beberapa jenis perkhidmatan dan perniagaan turut mengambil bahagian dalam percubaan ini.

Selain itu, penyelidik akan bekerjasama dengan setiap organisasi yang mengambil bahagian untuk mengukur kesan ke atas produktiviti dalam perniagaan dan kesejahteraan pekerjanya, serta kesan terhadap alam sekitar dan kesaksamaan jantina.

Percubaan seminggu empat hari kerja yang disokong oleh kerajaan juga akan bermula akhir tahun ini di Sepanyol dan Scotland.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.