Wanita Jujur Pulangkan Duit RM34,000 Milik Pelancong Yang Tercicir Dapat Pujian Netizen

Tindakan terpuji seorang wanita di Langkawi yang mengembalikan wang lebih RM34,000 milik pelancong yang dijumpainya bukan sahaja mendapat penghargaan dari majikannya malah turut dipuji netizen di media sosial.

Norhafiza Ahmad, 27, pekerja promosi bagi perkhidmatan kereta kabel SkyCab di Oriental Village Panorama Langkawi Sdn Bhd difahamkan sedang bertugas sebelum dia secara tidak sengaja telah menemui sebuah beg di kerusi menunggu berhampiran kaunter tiket pusat peranginan tersebut.

Beg berisi wang tunai dari pelbagai mata wang

Namun beg yang dijumpainya itu bukanlah beg biasa sebaliknya mengandungi sejumlah wang tunai yang terdiri dari pelbagai mata wang antaranya Euro, Riyal Arab Saudi, Lira Turki serta Ringgit Malaysia milik seorang pelancong dari Sudan yang datang bercuti bersama keluarganya.

“Nampak pelancong tu pegang beg”

“Mulanya, saya nampak pelancong itu bersama isteri dan tiga anaknya datang ke kaunter tiket sambil pegang beg dan tidak lama kemudian mereka duduk berehat di kerusi menunggu berhampiran.

“Selang beberapa minit saya lihat mereka tidak ada lagi di kerusi, namun ternampak beg yang dipegang salah seorang pelancong masih berada di situ, jadi saya yakin dia tertinggal beg berkenaan,” katanya dipetik dari Harian Metro.

Dia yang sudah 8 tahun bertugas di sana kemudiannya lantas mencapai beg tersebut lalu menyerahkannya kepada pihak pengurusan bagi mengesan pelancong terbabit.

Foto : Panorama Langkawi via Harian Metro

Gembira dapat pulangkan kepada pemilik asal

Usaha mereka ternyata berhasil apabila pengurusan SkyCab yang bertanggungjawab berjaya menemui pelancong berkenaan sekaligus memulangkan wangnya yang tercicir itu.

Meskipun insiden sebegini bukanlah perkara baru malah sudah banyak kali terjadi di sana, Norhafiza bagaimanapun agak terkejut kerana jumlah wang yang dijumpai kali ini begitu banyak dari kebiasaannya.

“Kejadian pelancong tertinggal barang atau tercicir wang bukan perkara baharu kerana kami sebagai kakitangan SkyCab ada juga menemuinya sebelum ini dan menyerahkannya kepada pihak pengurusan.

“Cuma kejadian kali ini agak mengejutkan kerana jumlahnya banyak, namun saya gembira dan syukur wang berkenaan dapat dipulangkan kepada pemilik asalnya,” katanya lagi.

Dapat siijl penghargaan dari majikan

Berbesar hati dengan tindakan terpuji yang dilakukan Norhafiza, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Panorama Langkawi kemudiannya memberikan sijil penghargaan kepada wanita tersebut.

Menurut Nasruddin, pihaknya begitu berbangga dengan nilai murni ditunjukkan Norhafiza dan dia layak menerima penghargaan berkenaan.

“Sikap itu boleh mengharumkan nama Langkawi SkyCab, sekali gus menjadikan pulau peranginan ini sebagai destinasi pelancongan selamat dan mesra pengunjung,” katanya.

Foto : Panorama Langkawi via Harian Metro

Menjengah ke ruangan komen FB Harian Metro, rata-rata netizen dilihat memuji sikap jujur dan amanah yang ditunjukkan Norhafiza. Malah ramai berasakan perbuatan tersebut harus dicontohi oleh semua lapisan masyarakat.

Tidak kurang juga yang berkongsi kisah serupa di mana mereka bernasib baik apabila barang yang tercicir dipulangkan oleh orang yang berhati mulia seperti wanita ini.

Sebagai info, Panorama Langkawi merupakan anak syarikat Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) yang diberi tanggungjawab untuk membangunkan pulau peranginan itu.

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

7 hours ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

1 day ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

1 day ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

1 day ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

1 day ago