fbpx
Now Reading
20 Orang Jatuh, Jambatan Di Mexico Runtuh Semasa Perasmian Oleh Datuk Bandar [Video]

20 Orang Jatuh, Jambatan Di Mexico Runtuh Semasa Perasmian Oleh Datuk Bandar [Video]

Antara individu lain yang turut terjatuh dari jambatan setinggi 3 meter itu adalah pegawai tempatan termasuk ahli majlis.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tiada yang lebih memalukan buat seorang datuk bandar di Mexico apabila jambatan yang baru sahaja dirasmikannya runtuh hingga mengakibatkan dia dan 20 lagi orang terjatuh pada Selasa, 7 Jun lalu.

Menurut laporan The Guardian, jambatan gantung yang diperbuat daripada papan kayu dan logam itu telah diubah suai baru-baru ini.

Sebuah video yang memaparkan insiden yang berlaku itu telah dimuat naik di laman Twitter.

Melalui rakaman terbabit, terlihat sekumpulan orang ramai termasuk Datuk Bandar Cuernavaca berpusu-pusu melalui jambatan itu sebelum ianya runtuh.

Pegawai tempatan termasuk ahli majlis bandar antara individu yang turut terlibat dalam insiden malang itu, mereka dikatakan jatuh setinggi tiga meter ke atas kawasan berbatu.

Sekurang-kurangnya, lapan orang termasuk empat ahli majlis bandar raya, dua pegawai bandar dan seorang wartawan tempatan mengalami kecederaan.

Majlis perbandaran itu dalam satu kenyataan berkata, kesemua mangsa terpaksa dikeluarkan menggunakan pengusung dan dibawah ke hospital.

Jambatan gantung itu adalah sebahagian daripada laluan di sepanjang salah satu daripada banyak anak sungai di bandar itu.

Jambatan gantung itu diubah suai semula supaya ianya kembali kelihatan cantik dan mampu menarik perhatian penduduk di bandar untuk beriadah di sana.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.