fbpx
Now Reading
PROTON Lancar X70 2022 Dengan Pelbagai Ciri Baharu, Sasar 2,000 Unit Penjualan Setiap Bulan

PROTON Lancar X70 2022 Dengan Pelbagai Ciri Baharu, Sasar 2,000 Unit Penjualan Setiap Bulan

Menurut PROTON, enjin 1.5L TGDi yang digunakan ini telah dikaji selama lima tahun oleh 100 pakar utama dan sudah menjalani ujian lebih 12 juta kilometer dalam keadaan dan iklim yang paling ekstrem dan tertekan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Syarikat pengeluar kereta pertama negara, PROTON telah melancarkan model keluaran terbaharu mereka iaitu X70 2022 dengan pelbagai ciri-ciri baharu.

Pelancaran tersebut diumumkan PROTON menerusi satu kenyataan di laman Facebook mereka pada Khamis, 9 Jun.

Menurut PROTON, SUV Segmen C paling laris di Malaysia ini diperkenalkan dengan enjin suntikan terus 1.5L TGDi yang dilengkapi dengan pengecas turbo, sebagai alternatif kompak baharu kepada enjin 1.8L TDGi serta menawarkan peningkatan prestasi dalam penggunaan bahan api untuk pembeli SUV.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PROTON, pihaknya bangga untuk memperkenalkan model terbaharu ini yang telah mengekalkan kedudukannya sebagai SUV segmen C terlaris sejak dilancarkan.

“Lebih 70,000 unit telah pun terjual dan hari ini, kami telah mengemaskini penggayaan dan enjin 1.5L TGDi untuk menawarkan lebih banyak pilihan kepada bakal pembeli. Ia menjanjikan tahap prestasi yang sama dengan varian 1.8L TGDi di samping peningkatan prestasi dalam kecekapan bahan api yang dapat memenuhi keinginan pelanggan kami untuk memiliki sebuah SUV yang bukan sahaja menyerlah dalam prestasi, ciri dan tarikan estetik, tetapi juga mampu dimiliki dan dikendalikan.”

Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Roslan Abdullah

Sasar penjualan 2,000 unit sebulan

Tambah Roslan lagi, pihaknya turut menyasarkan untuk menjual kira-kira 2,000 unit Proton X70 2022, didorong oleh permintaan yang memberangsangkan untuk varian itu.

Bagi kapasiti pengeluaran pula, mereka bercadang untuk menghasilkan sekitar 3,000 unit sebulan ekoran dari isu membabitkan bekalan cip.

Prestasi Direka untuk Pemandu Milenium dan sudah terbukti di pasaran

Menurut PROTON juga, enjin 1.5L TGDi yang digunakan ini telah dikaji selama lima tahun oleh 100 pakar utama dan sudah menjalani ujian lebih 12 juta kilometer dalam keadaan dan iklim yang paling ekstrem dan tertekan. 

“Enjin yang sangat dipercayai dan terbukti di pasaran itu telah merekodkan lebih 750,000 unit di jalan raya di seluruh dunia dan boleh didapati di 22 negara dengan cuaca dan keadaan jalan raya yang pelbagai,” kata Proton dalam satu kenyataan rasmi mereka.

Jimat bahan api & boleh capai kuasa maksimum 177PS dan tork 255Nm

Dengan kecekapan lebih tinggi bagi setiap silinder dan enjin yang lebih padat, pilihan yang sesuai bagi pemandu kontemporari, enjin 1.5L TGDi mencapai pengeluaran kuasa maksimum 177PS dan tork 255Nm, mencapai kemuncaknya lebih awal pada 1500rpm.

Berbanding dengan enjin 1.8L TGDi, terdapat pengurangan 7% dalam penggunaan bahan api pada kitaran bandar. Pelanggan mempunyai pilihan untuk memilih varian AWD, dilengkapi dengan Pacuan Empat Roda pintar masa nyata, yang secara automatik memindahkan tork ke roda belakang berdasarkan permintaan, disamping menambah baik pengendalian mengikut keadaan jalan yang berbeza-beza.

Terima anugerah ASEAN NCAP 5 Bintang

Menurut kenyataan itu lagi, Proton X70 2022 juga sudah menerima penarafan ASEAN NCAP 5 bintang, disokong oleh senarai komprehensif ciri keselamatan seperti:

-Enam beg udara SRS
-Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS)
-Sistem Pemantauan Tekan Tayar (TPMS)
-Kamera 360 dengan paparan 3D untuk tempat letak kereta tanpa kerumitan.

Harga atas jalan


Hadir dengan 5 varian, harga atas jalan tanpa insuran bagi SUV bahari ini bermula dari RM93,900 bagi model 1.5 TGDi Standard 2WD hingga RM121,800 bagi varian tertinggi iaitu 1.8 TGDi Premium 2WD.

Harga tawaran ini bagaimanapun sah sehingga 30 Jun 2022 dengan pengecualian Cukai Jualan.

Untuk menempah secara dalam talian, anda boleh terus ke laman rasmi PROTON di sini.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.