fbpx
Now Reading
Lelaki Pecah Rekod Dunia, Berjaya Angkat Beban Seberat 129.5kg Hanya Dengan 1 Jari [Video]

Lelaki Pecah Rekod Dunia, Berjaya Angkat Beban Seberat 129.5kg Hanya Dengan 1 Jari [Video]

Percubaan lelaki itu melibatkan enam cakera besi yang diangkatnya selama lapan saat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bunyi yang agak luar biasa bukan? Tapi itu yang dilakukan seorang lelaki di United Kingdom apabila berjaya mengangkat beban seberat 129.5 kg hanya dengan menggunakan satu jari sekaligus memecahkan rekod dunia.

Kejayaan Steve Keeler yang juga seorang ahli seni bela diri mengangkat beban tersebut turut dicatatkan secara rasmi di dalam Guinness Book of World Record (GWR) sekaligus melenyapkan rekod terdahulu yang dipegang Benik Israyelyan dari Armenia pada 2011 bagi acara ‘deadlift’ satu jari.

Difahamkan rekod ini telah dipecahkan Keeler, 48, pada satu percubaan di Ashford, Kent, England pada Februari 2022 lalu.

Menurut laporan GWR, Keller di dalam percubaan itu telah menggunakan jari tengah tangan kanannya untuk mengangkat kesemua beban terbabit.

Sambil disaksikan oleh hadiran yang berada di tempat tempat tersebut, percubaan lelaki ini melibatkan enam cakera besi yang diangkatnya serentak selama lapan saat.

“Ia menyakitkan, namun jari saya kuat dan saya berbangga dengan kemampuan saya,” kata Keeler kepada laman web Guinness Book of World Records.

Difahamkan Keelee telah menjalani latihan daya kekuatan selama empat tahun bagi misi ini. Selain itu dia sudah mula mempelajari karate sejak usia belasan tahun lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.