fbpx
Now Reading
Muslim Di Jepun Tak Sambut Bon Odori – Firdaus Wong

Muslim Di Jepun Tak Sambut Bon Odori – Firdaus Wong

Tegas pendakwah itu lagi, sekiranya ada orang Jepun Muslim yang menyambutnya sekalipun, ia sama sekali tidak akan menjadikan sesuatu festival agama itu hilang unsur ‘keagamaannya’.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak minggu lalu, kontroversi mengenai sambutan Festival Bon Odori yang bakal diadakan di Kompleks Sukan Negara Shah Alam, Selangor pada 16 Julai ini antara topik yang paling hangat diperdebatkan ramai rakyat Malaysia.

Mula menjadi perbualan selepas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad memberi peringatan agar umat Islam tidak menyertainya, isu itu kemudian terus hangat selepas beberapa individu berpengaruh tampil mengulas isu berkenaan.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kemudiannya menitahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) agar tidak menyekat penganjuran program berkenaan.

Terkini, isu ini turut mendapat perhatian pendakwah mualaf terkenal, Firdaus Wong Wai Hung.

Beliau yang tampil menerusi satu perkongsian di Facebook mendedahkan komuniti Muslim di Jepun terutamanya golongan mualaf tidak menyambut perayaaan tersebut.

Ini kerana mereka menyedari acara tersebut adalah bertentangan dengan akidah Islam.

“Ini adalah perbualan antara saya dengan sahabat saya di Jepun iaitu Salman Kyoichiro Sugimoto. Kami berdua berkenalan semasa menghadiri International Dawah Training Programme (IDTP) 2016 di Mumbai, India kendalian Dr. Zakir Naik.

“Sebagai seorang mualaf, pendakwah, dan Muslim di Jepun, beliau dengan tegas mengatakan tidak meraikan Bon Odori,” kongsi Firdaus.

Ada yang pernah sambut, namun kerana tidak tahu

Tambah beliau lagi, walaupun ada yang pernah menyambutnya satu masa dahulu kerana tidak tahu, mereka mula meninggalkan acara tersebut sebaik mengetahui bahawa ia ada festival keagamaan.

“Ini perbualan antara saya dengan sahabat saya, Zulkarnain yang merupakan rakyat Malaysia yang telah menetap & berdakwah di Jepun selama 14 tahun dan isterinya juga orang Jepun. Beliau pernah menjemput saya ke Osaka untuk mengendalikan beberapa program dakwah di situ. Zul pernah menyambut Bon Odori ketika awal-awak tiba di Jepun tetapi setelah mengetahui ianya adalah festival keagamaan, beliau terus tinggalkan festival Bon Odori dan tidak menyertainya lagi.”

Tegas pendakwah itu lagi, sekiranya ada orang Jepun Muslim yang menyambutnya sekalipun, ia sama sekali tidak akan menjadikan sesuatu festival agama itu hilang unsur ‘keagamaannya’.

“Andai ada orang Jepun Muslim yang menyambutnya sekalipun, tidak menjadikan sesuatu festival agama itu hilang unsur ‘keagamaannya’. Bukan sahaja Bon Odori, tetapi Bon Odori versi Cina iaitu Perayaan Hantu Lapar pun sama,” tulis pendakwah itu lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.