fbpx
Now Reading
Pukul 2 Wanita Tanpa Belas Kasihan, 9 Lelaki Di China Ditahan Polis [Video]

Pukul 2 Wanita Tanpa Belas Kasihan, 9 Lelaki Di China Ditahan Polis [Video]

Susulan insiden tersebut, dua wanita yang dipukul secara beramai-ramai itu telah dimasukkan ke hospital kerana mengalami kecederaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pihak berkuasa China menahan sembilan lelaki kerana disyaki menyerang wanita di sebuah restoran selepas rakaman serangan itu tular dan mencetuskan kemarahan orang ramai.

Menurut laporan Wion News, rakaman CCTV dari sebuah restoran di Tangshan, wilayah Hebei, menunjukkan seorang lelaki bertindak meletakkan tangannya di belakang wanita yang sedang duduk di meja makan bersama rakan-rakannya.

Lelaki itu bertindak menyerang wanita terbabit selepas wanita berkenaan cuba menolaknya. Rakan-rakan lelaki berkenaan kemudiannya menarik mangsa ke bahagian luar restoran lalu memukulnya secara bertubi-tubi sehingga terbaring di atas tanah.

Rakan wanita terbabit yang meluru ke arah mangsa dan cuba menghalang daripada terus dipukul oleh kumpul lelaki berkenaan turut dibelasah.

Insiden itu mendatangkan kemarahan orang ramai berkenaan isu gangguan seksual dan keganasan terhadap wanita di China memandangkan topik mengenai hak-hak wanita telah dibangkitkan sejak beberapa tahun yang lepas.

Susulan insiden tersebut, dua wanita yang dipukul secara beramai-ramai itu telah dimasukkan ke hospital kerana mengalami kecederaan.

Pihak polis mengesahkan kedua-dua wanita terbabit berada dalam keadaan stabil dengan kecederaan yang tidak membawa maut.

Menurut polis bandar Tangshan, kesemua suspek yang disyaki terlibat dalam kes tersebut telah ditahan dan kes itu akan disiasat dengan lebih lanjut.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.