fbpx
Now Reading
Budak Lelaki 11 Tahun Maut, Dua Tahun Tanggung Azab Diliwat Oleh 4 Beradik Durjana Hidap HIV

Budak Lelaki 11 Tahun Maut, Dua Tahun Tanggung Azab Diliwat Oleh 4 Beradik Durjana Hidap HIV

Kes mengejutkan itu terbongkar seminggu lalu apabila ibu mangsa menggesa agar tindakan diambil terhadap kesemua suspek.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang budak lelaki meninggal dunia secara tragis selepas dia berulang kali diliwat oleh jiran-jirannya iaitu empat adik-beradik lelaki yang dijangkiti HIV di Bolivia, Amerika Selatan.

Menurut laporan Daily Star, kanak-kanak berusia 11 tahun itu telah dijadikan tempat memuaskan nafsu oleh syaitan-syaitan bertopengkan manusia itu selama lebih dua tahun sebelum kematiannya.

Difahamkan si pelaku terdiri daripada pemuda berusia 15, 17, 23 dan 28 tahun yang tinggal bersebelahan dengan rumahnya dan kesemua mereka adakah HIV positif.

Koma dan mengalami 2 kali serangan jantung

Mangsa yang telah koma dilapokan telah mengalami dua kali serangan jantung pada Sabtu lalu (11 Jun).

Namun mangsa akhirnya disahkan meninggal dunia di hospital Santa Cruz selepas mengalami serangan jantung kedua.

Foto : Unitel News

Berikutan berita kematiannya, Presiden Bolivia, Luis Arce, mengecam sekerasnya kejadian itu dan melabelkan mereka sebagai “tidak berperikemanusiaan.”

“Kami meluahkan rasa sedih yang paling dalam di atas pemergian anak kecil itu di Yapacani.

“Kejadian tragis ini tidak boleh terlepas dari hukuman, sukar dibayangkan begitu banyak kejahatan yang dilakukan terhadap kanak-kanak yang tidak bersalah,” ciapan di Twitter.

Beliau turut memberikan sokongan terhadap keluarga mangsa dan mengucapkan takziah buat mereka.

Ibu mangsa menggesa tindakan diambil terhadap suspek

Kes mengejutkan itu terbongkar dan menggemparkan Bolivia sejak seminggu lalu apabila ibu mangsa yang dikenali sebagai Bertha mula nekad menuntut keadilan dan menggesa agar tindakan diambil terhadap kesemua suspek.

Ibu bapa mangsa turut mendedahkan bahawa anaknya telah didera secara seksual selama lebih dua tahun.

Foto : Unitel News

Mangsa hanya buat pendedahan pada tahun lalu

Lebih menyedihkan apabila mangsa hanya mendedahkan cerita sebenar sebaik mendapati dirinya dijangkiti HIV pada tahun lepas.

Dia kemudian memaklumkan identiti si pelaku membuatkan keluarganya terus membuat laporan kepada pihak polis.

Dilaporkan seorang dari empat beradik itu iaitu abang sulung mereka sudah pun mati tanpa sempat dihukum akibat penyakit AIDS pada tahun lepas.

Sementara itu, salah seorang pelaku bawah umur telah dihadapkan di mahkamah juvana dan akan ditempatkan di pusat pemulihan Cenvicruz.

Manakala seorang lagi telah berjaya melarikan diri ke Chile.

Kredit gambar: Newsflash

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.