fbpx
Now Reading
Dakwa Boleh Tingkatkan Kualiti, Penternak Di Thailand Bagi Ayam Makan Ganja

Dakwa Boleh Tingkatkan Kualiti, Penternak Di Thailand Bagi Ayam Makan Ganja

Para penternak memutuskan untuk menggunakan ganja selepas antibiotik gagal menghalang ayam mereka daripada terkena penyakit bronkitis burung.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sekumpulan penternak ayam di Lampang, Thailand menjadikan ganja sebagai makanan bagi ayam ternakan mereka selepas mendakwa ia lebih baik dari antibiotik sekaligus menghasilkan daging dan telur yang lebih berkualiti.

Eksperimen itu adalah percubaan yang dijalankan oleh Perusahaan Komuniti Peth Lanna dengan kerjasama Fakulti Pertanian Universiti Chiang Mai.

Presiden Perusahaan Komuniti Peth Lanna, Sirin Chaemthet berkata, bahawa ayam itu mampu menaikkan tahap imuniti yang lebih tinggi untuk melawan penyakit selain dapat bertahan walaupun dalam keadaan cuaca buruk.

Antibiotik gagal halang daripada terkena penyakit

Para penternak memutuskan untuk menggunakan ganja selepas antibiotik gagal menghalang ayam mereka daripada terkena penyakit bronkitis burung.

Sirin turut menyatakan, bahawa ayam yang diberi ganja akan memenuhi permintaan pelanggan untuk makanan organik.

Menurutnya, kebanyakan perusahaan yang memberi ayam ganja telah menjual daging ayam dan telur pada harga 100 baht (RM12) sekilo dan 6 baht (80 sen) sebijik untuk setiap satu produk tersebut menerusi laman web mereka.

Nasi ayam ganja terima respon positif

Sirin juga menjelaskan nasi ayam yang dimasak daripada ayam diberi makan ganja menerima respon yang positif daripada kebanyakan pelanggan.

“Kami merancang untuk menjual ayam panggang pula pada masa akan datang.

“Produk ini mendapat permintaan tinggi dalam kalangan pengguna yang mahu makanan organik dan sihat,” ujarnya lagi

Antibiotik dalam ayam dan telur bahaya buat pengguna

Sementara itu, Presiden Majlis Peladang Kebangsaan, Prapat Panyachatrak, memberi amaran bahawa antibiotik dalam daging ayam dan telur membahayakan kesihatan pengguna, seperti penurunan imuniti dan alahan.

Tambahnya, selain memastikan keselamatan pengguna, memberi makan ayam ganja juga membantu meningkatkan nilai komersial produk ayam.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.