fbpx
Now Reading
Gugurkan Ganja Dari Senarai Bahan Terlarang, PBB Gesa Thailand Beri Alasan Kukuh

Gugurkan Ganja Dari Senarai Bahan Terlarang, PBB Gesa Thailand Beri Alasan Kukuh

Walaupun bertujuan untuk perubatan dan penyelidikan, rang undang-undang yang berkaitan ganja dan hem masih belum diluluskan menjadi undang-undang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kerajaan Thailand digesa memberikan alasan kukuh kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kerana menggugurkan tanaman ganja dari senarai bahan narkotik.

Menurut laporan Bangkok Post, Penasihat Lembaga Kawalan Narkotik Antarabangsa (INCB), Viroj Sumyai berkata, Thailand diminta mengemukakan jawapan kepada PBB selepas menyahsenarai ganja daripada senarai bahan narkotik.

Jika didapati langgar Konvensyen 1961, Thailand perlu buat langkah pembetulan

Menurutnya lagi, PBB akan meneliti draf undang-undang negara mengenai ganja dan jika ia memutuskan rang undang-undang itu melanggar Kovensyen 1961 mengenai dadah narkotik, Thailand akan dikehendaki mengambil langkah pembetulan dan membuat laporan semula.

“Sekiranya langkah itu tidak dilaksanakan, INCB akan meminta resolusi daripada perhimpunan agung.

“Jika didapati kawasan negara akan membawa kepada perdagangan dadah, ia akan membuat pengumuman di hadapan Majlis Ekonomi dan Sosial,” ujarnya.

Negara lain akan menurun taraf hubungan bagi menekan Thailand

Menurut Viroj, jika ini berlaku, negara lain akan menurunkan taraf hubungan diplomatik untuk menekan Thailand, seperti yang berlaku di beberapa negara Amerika Latin di mana kawasan pengeluaran koka berkembang dengan pesat.

Langkah seterusnya akan melibatkan penguatkuasaan peraturan mengenai ubat-ubatan yang dilindungi oleh perjanjian dadah, terutamanya yang mengandungi kodin sebagai ramuan.

Akibatnya, negara mesti memohon untuk menggunakan ubat-ubatan ini dan memberikan anggaran jangkaan penggunaannya.

“Saya percaya beberapa badan antarabangsa termasuk PBB yang mengendali isu dadah dan jenayah sedang mengawasi dasar ganja Thailand,” ujarnya lagi.

NCB bimbang mengenai kesannya

Lembaga Kawalan Narkotik (NCB) mengakui terdapat kebimbangan mengenai kesan daripada pengguguran ganja dari senarai bahan narkotik kerana Thailand merupakan antara negara yang menandatangani perjanjian 1961 mengenai dadah narkotik.

Walaupun bertujuan untuk perubatan dan penyelidikan, rang undang-undang yang berkaitan ganja dan hem masih belum diluluskan menjadi undang-undang.

Selain itu, tumbuhan yang mempunyai THC (tetrahydrocannabinol) yang tinggi, mestilah dikategorikan sebagai ubat narkotik.

Terdahulu, Thailand merupakan negara Asia Tenggara pertama yang menggugurkan tanaman ganja daripada senarai narkotik Kategori 5 susulan pengumuman Kementerian Kesihatan Awam.

Bukan itu sahaja, kerajaan Thailand turut menghapuskan bahagian tertentu dan ekstrak tumbuhan (kecuali bunga dan perbungaan) daripada senarai bahan larangan narkotik dengan matlamat utama untuk menjadikannya tanaman komersial yang boleh memacu industri pelancongan.

Baca artikel berkaitan:

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.