fbpx
Now Reading
“Ia Disalah Erti..” – Isu Kenyataan Pemain Hilang Fokus Akibat Sorakan Penyokong, Faizal Azumu Mohon Maaf

“Ia Disalah Erti..” – Isu Kenyataan Pemain Hilang Fokus Akibat Sorakan Penyokong, Faizal Azumu Mohon Maaf

Kenyataan beliau sebelum itu bukan sahaja mengejutkan peminat bola sepak tempatan malah turut mendapat perhatian Ultras Malaya yang tertanya-tanya apakah maksud beliau.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam, nama Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hangat diperkatakan media sosial selepas beliau tampil membela penjaga gol negara, Farizal Marlias ekoran dari kesilapan yang dilakukannya hingga menyebabkan Harimau Malaya tumpas di tangan Bahrain pada Sabtu (11 Jun) lalu.

Menurut laporan Harian Metro, Ahmad Faizal atau lebih mesra dengan panggilan Peja berkata, ada beberapa faktor luaran yang harus diambil kira antaranya sorakan lebih 63,000 penonton di stadium secara tiba-tiba mungkin menyebabkan pemain negara hilang fokus.

“Bukan 100% kesalahan pemain..”

“Seingat saya sejurus jaringan pertama kelihatan beberapa kelibat pemain di luar padang antaranya Guilherme De Paula akan dimasukkan ketika itu yang menyebabkan seluruh stadium bersorak.

“Sorakan sedemikian menyebabkan pemain hilang fokus, sekali gus skuad kita terlepas daripada menjaringkan gol.

“Jadi kalau hendak kata (kekalahan) disebabkan 100% faktor pemain pun, sebenarnya kita sebagai penonton menyumbang kepada larinya fokus pemain.

“Kalau saya yang berada di atas padang ketika itu pun, apabila orang ramai tiba-tiba menjerit (bersorak), fokus saya pun menghilang sedikit,” kata beliau.

Ultras Malaya persoal dakwaan tersebut

Kenyataan tersebut bukan sahaja mengejutkan netizen khususnya peminat bola sepak malah turut mendapat perhatian Ultras Malaya yang tertanya-tanya apakah maksud beliau di sebalik kenyataan tersebut.

“Kamu nak sorakan khas ke?” ciap mereka di Twitter.

Mohon maaf, jelaskan kenyataannya disalah erti

Terbaharu, Peja tampil memohon maaf dan menjelaskan kenyataan beliau mengenai sorakan penyokong itu telah disalahertikan.

Beliau yang tampil menerusi satu ciapan di Twitter menegaskan sokongan pemain ke-12 iaitu penyokong bagi kempen Kelayakan Piala Asia 2023 ini adalah amat penting dan dihargai.

“Sorakan dan sokongan penyokong sebagai pemain ke-12 amat penting dan amat dihargai.

“(Bila dah kena balon, saya pun pening). Cakap-cakap bola saya sebelum ini telah disalah erti. Ampun dan maaf atas kesilapan saya,” ciapnya ringkas.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.