fbpx
Now Reading
“Tak Baik Cakap B*Bi!” – Respon Adik Ini ‘Sekolahkan’ Ibunya Sewaktu Belajar Muqaddam Buat Ramai Terhibur [Video]

“Tak Baik Cakap B*Bi!” – Respon Adik Ini ‘Sekolahkan’ Ibunya Sewaktu Belajar Muqaddam Buat Ramai Terhibur [Video]

Mungkin menyedari yang ayat tersebut terselit perkataan Ba Bi yang seolah-olah bermaksud tidak baik, dia lantas memarahi ibunya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Melayan kerenah kanak-kanak kecil terutamanya mereka yang sangat petah dan aktif memang akan membuatkan kita terhibur.

Gelagat dan respon mereka yang sangat jujur dalam sesuatu perkara juga boleh mencuit hati hingga membuatkan kita penat ketawa.

Perkara ini boleh dikaitkan dengan satu perkongsian di laman TikTok oleh seorang pengguna @nkhayla.

Menerusi video tersebut, si perakam yang merupakan seorang ibu dilihat sedang mengajar anaknya mengenali huruf Arab (Hijaiyah) dan tanda bacanya di dalam Muqaddam.

Namun baru sahaja selesai dengan Huruf Alif yang dibaca sebagai Aa Ii Uu, si kecil kelihatan tergamam apabila ibunya memperkenalkan huruf Ba sambil menyebut Ba Bi Bu.

Mungkin menyedari yang ayat tersebut terselit perkataan Ba Bi yang seolah-olah bermaksud tidak baik, dia lantas memarahi ibunya.

“Tak baik cakap bab*!”

@nkhayla

Macam mana nk selesaikan masalah ni ye?

♬ original sound – Nrkhyla

Ibunya kemudian cuba menjelaskan yang sebutan huruf tersebut sememangnya begitu.

“Dah memang kena sebut macam tu,” jelas si ibu.

Jawapan tersebut bagaimanapun tidak dapat memuaskan hati anak kecil ini apabila dia sekali lagi mempersoalkan kenapa ibunya menyebut ayat tersebut.

Esok repeat lagi marah

Tidak berhenti di situ, dia keesokan harinya sekali lagi mempersoalkan tindakan ibunya sebaik melihat video terdahulunya dimainkan semula.

“Dia terdengar video dia semalam, dia sambung lagi bebel kat ibunya..” tulis si ibu menerusi ruangan kapsyen.

“Tak baik! Siapa yang cakap babi tu. Kenapa ibu cakap babi ibu?” soalnya sambil menjegilkan matanya di dalam video tersebut.

@nkhayla Die terdengar video dia semalam. Dia sambung lagi bebel kt ibu dia😭😭 ayahh help ibuu.. #fypppp #foryourpageviral ♬ original sound – Nrkhyla

Perkongsian-perkongsian itu ternyata menarik perhatian netizen di mana rata-rata dilihat terhibur dengan respon adik itu yang jujur dan comel.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.