fbpx
Now Reading
Tawar Hadiah Wang Tunai RM20 Juta, Netflix Cari Peserta Untuk Bermain Dalam Squid Game Sebenar
Netflix cari peserta sertai rancangan realiti Squid Game

Tawar Hadiah Wang Tunai RM20 Juta, Netflix Cari Peserta Untuk Bermain Dalam Squid Game Sebenar

456 peserta dari seluruh dunia yang masih dalam pencarian ini akan bersaing sesama sendiri bagi merebut hadiah wang tunai lumayan berjumlah RM20.16 Juta.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Netflix kini sedang giat mencari peserta dari seluruh dunia untuk menyertai rancangan realiti televisyen ‘Squid Game’ versi sebenar sebenar seperti diumumkan pada Selasa (14 Jun) lalu.

Pertandingan ini memerlukan seramai 456 pemain yang akan mengharungi cabaran seperti yang diilhamkan dalam cerita asal serta akan mempunyai penambahan baharu yang mengejutkan, jelas Netflix dalam satu kenyataan, lapor Entrepreneur.

Pemenang bakal bawa pulang RM20.16 juta

Menurutnya lagi pemenang kepada rancangan realiti ini turut membawa hadiah bernilai AS$4.56 juta (RM20.16 juta).

“Peminat drama bersiri itu bakal dipertontonkan dengan perjalanan seramai 456 peserta dalam mengharungi pertandingan terbesar yang pernah diadakan dengan penuh ketegangan serta kelainan bagi merebut hadiah wang tunai yang akan diberikan,” ulas Naib Presiden Siri Tanpa Skrip dan Dokumentasi Netflix, Brandon Riegg.

Akan difilemkan di UK

Difahamkan siri tersebut mempunyai 10 episod yang panjang dan akan difilemkan di United Kingdom (UK) pada awal 2023. Mereka juga menjangkakan ia akan mengambil masa sehingga 4 minggu untuk diselesaikan.

Selain itu, halaman aplikasi menyatakan pemain akan terlibat dalam permainan Squid Game yang ikonik kerana mereka tidak akan mengetahui apa penghujungnya.

Malah mereka juga akan bersaing dalam satu siri permainan yang sengit untuk menjadi satu-satunya peserta yang terselamat untuk mendapatkan wang tunai tersebut.

Permainan adalah selamat dan oemain tidak akan dicederakan

Walau bagaimanapun, pihak Netflix turut memaklumkan bahawa permainan tersebut adalah selamat dan pemain tidak akan dicederakan seperti dalam drama bersiri tersebut.

“Sila ambil perhatian menang atau kalah, semua pemain tidak akan dicederakan. Namun, jika anda menang, anda menang besar!” jelasnya lagi.

Beberapa syarat telah ditetapkan bagi mereka yang ingin menyertai rancangan tersebut

Meskipun dibuka kepada semua peserta dari seluruh dunia, salah satu syarat kelayakan ialah peserta perlulah fasih berbahasa Inggeris.

Antara syarat lain bagi menyertai rancangan tersebut ialah pemohon hendaklah berusia 21 tahun ketika membuat permohonan, mempunyai passport yang sah serta bersedia untuk menjalani penggambaran yang dijangkakan selama empat minggu pada awal tahun 2023.

Selain itu, pemohon juga diminta untuk menghantar video berdurasi selama satu minit kepada Netflix untuk memperkenalkan diri dan memberikan sebab untuk menyertai rancangan tersebut, serta stratergi semasa permainan dan perkara yang akan dilakukan jika memiliki hadiah besar tersebut.

Bagaimana cara untuk menyertainya?

Penyertaan terbahagi kepada 3 iaitu penyertaan dari Amerika Syarikat, United Kingdom dan juga Global. Jadi buat mereka yang berada di Malaysia anda boleh mendaftar menerusi grup Global Casting tersebut.

Pendaftaran boleh dilakukan di sini atau copy paste https://www.squidgamecasting.com/ ke browser anda.

Info penuh sila ke laman Netflix di https://www.netflix.com/tudum/articles/squid-game-reality-competition-series-casting-call

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.