fbpx
Now Reading
“Tindakan Tegas Boleh Diambil” – MCMC Siasat Selebriti & Founder Produk Kecantikan Muat Naik Video Jelik

“Tindakan Tegas Boleh Diambil” – MCMC Siasat Selebriti & Founder Produk Kecantikan Muat Naik Video Jelik

MCMC memandang serius tindakan individu-individu berkenaan memuat naik kandungan jelik di media sosial mereka.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memandang serius tindakan beberapa pengasas produk kecantikan dan selebriti terkenal yang memuat naik kandungan yang boleh disifatkan sebagai sumbang dan jelik di laman aplikasi Instagram dan Tik Tok masing-masing.

MCMC menerusi satu kenyataan media yang Jabatan Komunikasi Korporat berkata, susulan aduan yang diterima daripada orang ramai berhubung tindakan individu-individu berkenaan, MCMC dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menjalankan pemeriksaan bagi tujuan siasatan terhadap ketiga-tiga individu tersebut di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, semalam (15 Jun).

Tambah MCMC, siasatan lanjut berkaitan kes ini masih dijalankan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu (1) tahun atau kedua- duanya, dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan,” menurut kenyataan tersebut.

MCMC menerusi kenyataan sama turut mengingkatkan orang ramai khususnya para selebriti yang mempunyai pengaruh di dalam masyarakat seharusnya menunjukkan teladan yang baik dan peka untuk tidak memuat naik kandungan yang bertentangan dengan undang-undang.

Terdahulu tular di media sosial satu video memperlihatkan beberapa selebriti dan pengasas produk kecantikan yang dengan beraninya mempamerkan aksi jelek menepuk punggung sesama mereka di khalayak ramai.

Perkongsian video tersebut menaikkan kemarahan orang ramai di mana ramai menyifatkan aksi mereka begitu melampau dan langsung tidak mencerminkan identiti seorang figura umum.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.