fbpx
Now Reading
“Aku Tak Menyorok La Si*l” – Syamsul Yusof Berang, Beri Teguran Pada Portal Berita Guna Tajuk ‘Kasar’

“Aku Tak Menyorok La Si*l” – Syamsul Yusof Berang, Beri Teguran Pada Portal Berita Guna Tajuk ‘Kasar’

Penggunaan headline tersebut menaikkan kemarahan Syamsul yang menyifatkan mereka seolah-olah sengaja mencabar kesabarannya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam telah berlangsungnya majlis tayangan perdana filem epik Mat Kilau di GSC, The Starling Damansara.

Namun kemeriahan majlis tersebut sedikit terganggu dengan ketiadaan pengarah, Syamsul Yusof sepanjang majlis tersebut diadakan.

Ketidakhadiran Syamsul kemudiannya diperjelaskan oleh Penerbit Mat Kilau, Abdul Rahman Mt Dali yang memaklumkan pengarah itu tidak berapa sihat.

“Bakar line nampak..”

Namun siapa sangka, perkara itu menjadi isu besar apabila Syamsul hari ini secara tiba-tiba mengamuk dan meluahkan rasa marahnya terhadap sebuah portal berita terkenal kerana menggunakan headline yang disifatkannya sebagai ‘kasar’.

“Syamsul Yusof kau menyorok di mana? Puas wartawan **** cari tak jumpa.” tulis portal tersebut sebagai tajuk headline mereka.

Penggunaan headline tersebut menaikkan kemarahan Syamsul yang menyifatkan mereka seolah-olah sengaja mencabar kesabarannya.

“Wuih bahasa..bakar line nampak mstar? Aku tak menyorok la si*l. ak Nak aku datang ofis cari sapa penulis ni ke sembur depan muka.

“Ni barang tak main dalam media. Cabar aku, aku sampai aku cari. Silap orang kau cari gaduh wahai wartawan si”*l. Nanti abang sampai ok,” kata Syamsul.

Dia dalam masa sama turut meluahkan rasa kecewa kerana dirinya diganggu walhal dia langsung tidak menganggu atau membuat masalah dengan sesiapa.

“Inilah dia, kita tak cari masalah dengan orang, orang cari masalah dengan kita. Bila sampai masa kita balas, kita pulak yang dikata salah,” luah Syamsul lagi.

Menerusi semakan kami di artikel tersebut, penulis berkenaan memaklumkan hanya mahu bersemuka dengan Syamsul memandangkan terdapat salah faham yang berlaku di antara mereka sebelum ini.

Foto : mStar

Malah penulisan di dalam artikel tersebut banyak memuji kehebatan Syamsul dalam menghasilkan filem berkenaan. Mereka bagaimanapun mempersoalkan keberadaan Syamsul yang langsung tidak muncul di acara tersebut.

Foto: mStar

Terdahulu nama Syamsul kembali menjadi perhatian netizen dan media tempatan selepas timbul spekulasi mengatakan sutradara terkenal itu bakal berkahwin dengan Ira Kazar.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.