fbpx
Now Reading
Kucing Bertukar Jadi Agresif Lepas 2 Minggu Tak Makan, Mayat Tuan Jadi Hidangan
20 ekor kucing makan mayat tuan sendiri

Kucing Bertukar Jadi Agresif Lepas 2 Minggu Tak Makan, Mayat Tuan Jadi Hidangan

Akibat tidak mendapat makanan selama dua minggu, kucing peliharaan tersebut telah bertindak agresif dan memakan mayat tuannya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kucing merupakan binatang yang sering menjadi pilihan sebagai haiwan peliharaan. Malah rupa paras dan telatahnya yang comel seringkali membuatkan pencintanya sering jatuh hati melihat mereka.

Namun, apa yang bakal anda baca selepas ini mungkin akan mengubah sedikit persepsi anda terhadap kucing. Ianya berikutan satu kejadian di mana mayat seorang wanita telah menjadi makanan kepada 20 ekor kucing peliharaannya.

Tuan rebah dan meninggal dunia dalam rumah sendirian

Insiden tersebut berlaku selepas tuannya rebah dan meninggal dunia bersendirian di dalam rumah tanpa diketahui oleh jiran tertangga.

Menerusi laporan Kosmo, mangsa dipercayai telah mati selama dua minggu sebelum mayat mangsa ditemui oleh pihak berkuasa. Namun sewaktu ditemukan, separuh badannya telah hilang dimakan oleh kucing-kucing peliharaan yang berbaka Maine Coon.

Pihak polis turut memaklumkan mereka menemui sebahagian lagi mayat wanita tersebut yang dikelilingi oleh beberapa kucing yang sedang kelaparan.

Disedari oleh seorang pekerja selepas gagal hubungi mangsa

Kematian tragis yang berlaku di Bataysk, Rusia itu disedari oleh seorang pekerja apabila dia gagal menghubungi wanita berkenaan.

Meskipun, kucing berbaka Maine Coon mempunyai saiz yang besar serta digelar sebagai ‘gergasi lembut’ namun ia memiliki sifat yang pasif.

Bertindak agresif kerana dua minggu tidak dapat sumber makanan dan minuman

Akan tetapi, kucing ini berubah menjadi agresif setelah dua minggu tidak mendapat makanan serta minuman justeru bertindak memakan daging mayat tuannya sendiri.

Difahamkan beberapa kucing tersebut telah dirawat dan sihat. Malah, haiwan peliharaan tersebut telah dijual semula kepada pemilik yang baharu dengan harga lebih kurang AS$38.86 (RM162.22).

Namun, tidak diketahui sama ada pemilik yang baru diberitahu atau tidak bahawa kucing yang dibeli tersebut pernah memakan daging manusia.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.